PROTON memanggil balik 94,577 unit kenderaannya bagi penukaran hos penyejuk minyak (oil cooler hose) yang pecah akibat suhu yang panas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, antara model yang terlibat adalah Proton Exora, Preve dan Suprima.
MODEL TERLIBAT:
- Proton Exora - 59,663 unit
- Proton Preve - 28,642 unit
- Proton Suprima - 6,290 unit
Menurut Abdul Harith, Proton akan menghubungi pemilik kenderaan terlibat bagi penukaran hos dan keutamaan diberikan bagi kenderaan yang sudah melebihi 40,000km perbatuan.
" Kami menjangkakan kesemua penukaran ini akan selesai dalam tempoh enam bulan," katanya.
Bagi pemilik kenderaan terlibat, boleh menghubungi talian 1-800-888398 untuk semakan dan membuat temu janji ataun kunjungi bilik pameran Proton terlibat.
Kesemua kos penukaran hos dan upah akan ditanggung sepenuhnya oleh Proton.
RAZIF MD RASHID says
SAYA MEWAKILI GROUP PROTON EXORA DAN JUGA PENGGUNA EXORA MEMOHON DAN MERAYU AGAR SEMUA PIHAK DAPAT MEMBANTU KAMI UTK MENEKAN PIHAK PROTON UTK SELESAIKAN MASALAH OCH...APA YG BERLAKU SKR UMPAMA ANJING MEYALAK BUKIT...MEREKA X ENDAHKAN LANGSUNG KELUHAN PEMBELI..KRN MEREKA TAHUN RATA PEMBELI EXORA ADALAH RAKYAT MARHEIN GOLONGAN B40.
SEKIAN TERIMA KASIH