SUDAH hampir setahun sejak kami bawakan rencana tentang GPX Legend Gentleman 200, baru kini kehadiran motosikal café racer moden buatan Thailand itu disahkan untuk pasaran tempatan.
Berdasarkan status Facebook KHM Kian Huat, pengedar motosikal di Klang, Selangor itu kini sudah membuka tempahan awal untuk Gentleman 200 dengan stok bakal di pasaran awal Disember ini. Harga asas jualan ditawarkan ialah RM10,978 (belum termasuk cukai dan insurans), menepati jangkaan kami tahun lalu iaitu sekitar RM12,000.
BACA >>> GPX Demon 150GN, Legend Gentleman 200 Sah Masuk Malaysia Awal 2018!
Kepada yang belum tahu, Legend Gentleman 200 ialah model streetbike aras mula dengan ukuran rim 17-inci dan enjin 4-lejang 197cc penyejukan minyak. Angka kuasa dan tork tidak dimaklumkan secara rasmi, tetapi menurut GPX, mesin itu mampu menembusi kelajuan maksimum lebih 137kmj.
Membawakan gaya retro moden yang menjadi kegilaan era masa kini, apa ditawarkan Legend Gentleman 200 boleh dikatakan agak mewah dengan sepasang fork terbalik (USD) dan brek cakera kembar - ciri gila bagi sebuah motosikal bawah 250cc!
Pesaing terdekat café racer moden ini ialah Honda CB250R. Walaupun membawakan gaya dan enjin yang hampir sama (tanpa membandingkan kualiti yang sah dimenangi Honda), CB250R yang ditawarkan pada harga sekitar RM20,000 pastinya di luar jangkauan kebanyakan penunggang berbanding Legend Gentleman 200 ini.
Jika rekabentuk café racer bukan keutamaan, jangan risau, Modenas Pulsar NS200 masih ditawarkan pada harga lebih murah. 😛
Kepada yang berminat, boleh hubungi sendiri wakil jualan melalui maklumat di bawah ini:
Zulkarnain Abdullah says
I want to buy gpx legend classic 200