• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Stan Lee Benci Iklan Kereta Klise yang Asyik Tunjuk Aksi Memandu Keliling Bukit, Bandar

Stan Lee Benci Iklan Kereta Klise yang Asyik Tunjuk Aksi Memandu Keliling Bukit, Bandar

November 15, 2018 By Han Othman Leave a Comment

530
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT pop culture semalam berduka cita dengan kematian legenda komik dunia, Stan Lee yang bertanggungjawab memperkenalkan adiwira hebat seperti Spider-Man, Iron Man, Incredible Hulk dan X-Men kepada dunia. Sama seperti karakter yang diciptakannya, beliau semasa hayatnya kerap muncul dalam pelbagai medium penyiaran komersial.

Tetapi ramai tidak tahu, selain melakukan kameo dalam filem terbitan Marvel, Lee juga pernah muncul dalam iklan permotoran. Beliau dalam rancangan itu marah benar dengan iklan kereta yang dihasilkan teruk.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Manga Dunia Permotoran (Selain Initial D) yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Dalam video YouTube berjudul Stan's Rants, beliau mengkritik tentang betapa klise iklan kereta. Menurutnya, apa dipaparkan cuma pemandangan memandu di lereng bukit, jalan raya berliku dan dalam bandar. Walhal  apa yang pembeli mahu tengok ialah bahagian dalam kereta seperti papan pemuka atau ciri ditawarkan. Ini kerana bagi Lee, semua kereta memang boleh dipandu ke lokasi seperti dimaksudkan.

"Aku mahu grup iklan dalam persatuan automobil ambil berat perkara ini dalam hati. Aku takkan beli kereta yang iklan dalam TV tunjukkan aksi memandu. Itu semua kereta pun boleh buat, aku tak mahu yang itu." (I want the advertising group of the automobile association to take this to heart. I will not buy a car the television ad of which shows it driving around. If that's all it can do, I don't want it.") Begitulah lebih kurang apa dimarahkan Lee.

Lee juga pernah muncul dalam satu iklan Audi yang memaparkan beliau keluar dari kabin sedan mewah itu untuk pergi mengajar kelas lakonan tentang apakah itu aksi kameo sebenar. Lucunya, selepas habis mengajar, beliau masuk dan duduk di belakang kereta Audi yang sama dan pemandunya ialah dia juga, sekali gus menjelaskan lagi makna kameo.

Akhir sekali, Lee muncul dalam iklan komersial kreatif Honda Super Bowl 2017 yang menjelaskan tentang maksud 'mengejar impian'. Beliau yang muncul dengan muka remaja dalam buku tahunan Sekolah Tinggi (High School) memberitahu:

"Kalau kau nak buat alam semesta, buatlah alam semesta." (If you want to make a universe, make a universe).

Related

530
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Budaya Popular, Iklan Stan Lee, Komik, Legenda Komik, Pop Cult, Pop Culture, Stan Lee

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my