YAMAHA menaik taraf XMAX Iron Max Edition (2019) sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 yang baru saja berakhir beberapa hari lalu. Skuter itu ditawarkan dalam 3 kapasiti enjin berbeza: 125cc, 300cc dan 400cc, mengikut pasaran negara tertentu. Bagaimanapun, pasaran Eropah mendapat ketiga-tiga varian enjin.
XMAX Iron Max Edition (2019) menampilkan pelana penunggang berbeza, kini dengan penyandar belakang dan peg kaki aluminium. Perincian krom menghiasi ruang konsolpemuka, manakala seksyen belakang digelapkan supaya tampak lebih premium. Fiil mewah kali ini lebih ketara dengan penggunaan kemasan kulit pada konsol dalaman.
Melengkapkan lagi kombinasi sempurna skuter elegan dan penuh gaya itu ialah ciri praktikal seperti kunci pintar dan ruang storan bawah pelana yang serba luas, cukup untuk memuatkan dua helmet muka penuh. Enjin dengan teknologi penyejukan cecair didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard untuk semua varian.
BACA >>> Yamaha XMAX 125 (2018) Kini Lebih Sporty, Dinamik untuk Pasaran Indonesia
XMAX Iron Max Edition (2019) ditawarkan dalam warna Blazing Gray, Sonic Gray dan Phantom Blue. Pembeli juga boleh memiliki pakej opsyen yang terdiri daripada visor angin pengadang tinggi dan beg 39 liter.
Setiap varian dibezakan dengan penampilan ekzos. Varian XMAX 125 memiliki ekzos jenis silinder, manakala ekzos XMAX 300 agak bersegi. Ekzos XMAX 400 pula berbentuk silinder besar dan bersegi. Lihat foto bawah untuk perbandingan. Penampilan luaran lain tidak banyak berbeza antara ketiga-tiga model tersebut.
Leave a Reply