• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

November 14, 2018 By Han Othman Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Hilux GR Sport baharu ialah trak pikap dengan gaya GAZOO Racing yang dibuat khas untuk pasaran Brazil sahaja. Model baharu itu didedahkan di Pameran Motor Sao Paulo 2018 dan cuma 420 unit dihasilkan untuk pasaran negara Amerika Selatan itu. Proses penghantaran dijadualkan bermula tahun depan.

Perubahan utama GR Sport lebih kepada penampilan kosmetik. Pakej dekal Gazoo Racing memberikan tambahan strip pada sisi badan dengan grafik hitam-merah (warna badan putih), putih-merah (hitam), atau hitam-putih (merah), manakala bonet hitam ditawarkan untuk kereta putih.

Gril depan, cermin sisi dan bar oleng turut dihitamkan, manakala lampu kabus depan diberikan aksen kontras. Perubahan luaran dikemaskan dengan rim aloi 17 inci.

PERUBAHAN KOSMETIK

toyota-hilux-logo
toyota-gazoo-racing-tgr-logo

Perincian turut membabitkan ruang dalaman dengan kerusi kulit yang dikontraskan sulaman benang merah dan logo GAZOO Racing disulam di depan perehat kepala. Jenama GR juga dapat dilihat di butang penghidup dan plak nombor di konsol gear. 

Satu-satunya perubahan mekanikal diberikan ialah suspensi, iaitu spring lebih keras dan damper baharu. Ciri lain masih kekal sama seperti Hilux standard dengan trenkuasa dikuasakan enjin 2.8L turbo diesel (versi lain Hilux spesifikasi Brazil turut menawarkan enjin petrol/ethanol) berkuasa 175hp dan tork 450Nm.

Unit 4-silinder itu dipadankan kotak gear automatik 6-kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD) dengan kunci diferensial.

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Roda4, Toyota, Toyota Brazil, Toyota Hilux, Toyota Hilux GR Sport, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev