• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda USA Kemas Kini Skuter Ruckus dan Metropolitan untuk 2019

Honda USA Kemas Kini Skuter Ruckus dan Metropolitan untuk 2019

November 13, 2018 By Aryon Leave a Comment

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA USA menaik taraf dua model motosikal 'urban runner' paling laris sempena 2019, Ruckus dan Metropolitan dengan penambahbaikan paling ketara ialah sistem penghidup tekan. Buat masa ini, dua model tersebut cuma dijual di Amerika Syarikat (AS).

RUCKUS (2019) YANG LASAK

Ruckus (2019) mengekalkan ciri lasak model itu dengan gaya skuter togel yang dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 49cc penyejukan cecair. Hantaran kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik menggunakan pacuan V-belt.

BACA >>> #EICMA2018: Honda Pamer Model Sentuhan R&D Itali - CB125X, CB125M

Struktur badan ditopang fork tiub kembar di depan dan swingarm tunggal di belakang. Sistem brek Ruckus (2019) menggunakan jenis dram untuk kedua-dua tayar. Kapasiti tangki mampu mengisi petrol hingga 5 liter, manakala berat basah skuter ini cuma 88kg. Ada dua pilihan warna ditawarkan, putih dan merah.

METROPOLITAN (2019) YANG MODEN

Sementara itu, Metropolitan (2019) tampil moden dengan rekabentuk bujur yang lebih menarik dalam pilihan warna Coastal Blue (biru) dan Soft Beige (kuning air).

Sama seperti Ruckus, skuter ini turut dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 49cc penyejukan cecair. Tetapi versi 2019 ini diberikan teknologi PGM-FI dengan hantaran kuasa disampaikan menerusi transmisi automatik pacuan V-belt.

Rekabentuk badan Metropolitan (2019) pula dibina berasaskan fork teleskopik di depan dan swingarm tunggal di belakang, manakala brek dram digunakan untuk kedua-dua roda. Berbanding Ruckus, tangki minyak Cosmopolitan lebih kecil, iaitu 4.5 lter dengan berat basah 81kg sahaja.

BACA >>> Honda Riding Assist-e Mampu Elak Penunggang Jatuh Motor, Boleh Seimbang Sendiri

Honda Ruckus (2019) dan Metropolitan (2019) kini sudah pun sedia dibeli di pengedar Honda seluruh AS.

SUMBER: MotorPinas

Related

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Honda Cosmopolitan (2019), Honda Ruckus (2019), Honda USA, Moped, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my