• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda Kumpul Dana RM303k Bantu Pesakit Buah Pinggang Buat Rawatan Hemodialisis

Mazda Kumpul Dana RM303k Bantu Pesakit Buah Pinggang Buat Rawatan Hemodialisis

November 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEIRING tanggungjawab sosial korporat (CSR), dan sebahagian acara tahunan, Bermaz Motor mengumpul sumbangan berjumlah RM303,000 daripada Kejohanan Kebajikan Golf Mazda Ke-6 yang akan diberikan kepada Mazda Medicare Fund (MMF) sebagai dana kewangan pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD).

Dengan dana tersebut, pesakit yang layak akan menerima rawatan hemodialisis bersubsidi di mana-mana Pusat Dialisis B Braun di Malaysia. Selain itu, MMF juga menyediakan sokongan kewangan kepada rumah-rumah amal.

Sokongan berterusan diterima MMF, Bermaz Motor kini dapat meluaskan jangkauan badan kebajikan itu dengan mewujudkan rangka kerja untuk kempen penjagaan kesihatan yang menumpukan kepada aspek kesedaran, pencegahan dan pengesanan awal penyakit terminal (pesakit peringkat akhir seperti kanser, dan AIDS).

BACA >>> Bermaz Motor Lancar Kad Keistimewaan Mazda, Tawar Pelbagai Diskaun Menarik

Selain itu, awal tahun ini Bermaz Motor ada melancarkan Kad Istimewa Mazda dengan kerjasama MMF yang mana semua yuran pendaftaran pemilik Mazda akan disalurkan terus kepada MMF. Sumbangan kepada MMF sejak itu terus meningkat hasil sumbangan pemilik Mazda yang sentiasa terlibat dengan Bermaz Motor menerusi pelbagai program amal.

Tahniah pemilik Mazda, Bermaz Motor dan MMF!

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bermaz Motor, Corporate Social Responsibility (CSR), CSR, CSR Mazda, mazda, Mazda Medicare Fund (MMF), Sakit Buah Pinggang, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my