PEMINAT motosikal di Malaysia tentu tidak asing dengan Benelli. Tambahan lagi selepas berani memperkenalkan model kapcai, RSF 150i dalam usaha merebut pasaran super moped di Malaysia yang dipenuhi dengan jenama Jepun. Laku atau tidak itu nombor dua, tetapi jenama Eropah ini berani mencuba nasib, sekurang-kurangnya tidak mudah menyerah kalah seperti Suzuki Malaysia.
Benelli sebenarnya memang bergelut dalam usaha bersaing dengan jenama Jepun. Mujurlah pengeluar dari Itali itu diberikan nafas baharu selepas menjalinkan kerjasama dengan pengeluar China, Zhejian Qianjiang Motorcycle Group Co. Jadi memang tidak hairan kenapa Benelli begitu agresif menghantar model-model baharu mengikut pasaran sesebuah negara sama ada berenjin kecil atau besar.
BACA >>> Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad, Hanya 5,000 Unit di Malaysia - Siap Ada Nombor Siri Beb!
Selain memasuki pasaran Asia dan India, Benelli turut mencuba nasib di Iran. Model-model diperkenalkan pula memang boleh tahan dan ada taste. Kata orang ikut trend. Terbaharu pengeluar itu memperkenalkan model naked bike 752s sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 yang sedang berlangsung di negara asalnya.
Benelli 752s kali pertama tampil dalam bentuk prototaip pada EICMA 2017, dan kini sudah pun ada dalam versi pengeluaran serta dijadualkan berada di lantai bilik pameran tahun depan. Model tersebut dikuasakan enjin 754cc parallel twin penyejukan cecair, suntikan bahan api dengan transmisi 6-kelajuan berkuasa 75hp.
Unit enjin dipautkan pada frem trellis yang memang sinonim dengan jentera buatan Itali, manakala set suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock prabeban boleh laras (belakang). Kuasa henti digalas set brek Brembo, tetapi tidak nampak seperti disertakan bersama ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
BACA >>> #BikinMotor: Benelli 354 Sport Cafe Racer dari Itali, Tribut Khas Ferrari 512M
750S turut dibekalkan ciri motosikal moden masa kini seperti lampu utama LED dan kluster instrumen TFT warna penuh yang melintang atas bar hendal. Spesifikasi lain masih dirahsiakan, tetapi secara keseluruhan ia jentera yang memang menggiurkan apabila dipandang. Lebih-lebih lagi dengan warna hijau eksotik yang pasti membuatkan mana-mana mata tertarik untuk memandang.
Harga masih tidak diketahui. Adakah Malaysia akan jadi destinasi model ini? Pun tidak diketahui. Tetapi jika jadi, memang tidak sabar mahu melihat model ini di depan mata.
Wak says
Brek belakang tu ada ABS ke depan tu xnampak.
Tapi nampak cun dari jauh
nurussalam aziz says
ada depan dan belakang..