CAGAKAN atau mounting enjin ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.
Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran. Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.
BACA >>> 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian, Tolong Jangan Ambil Lewa
Biasanya mounting motor bermasalah akan menghasilkan beberapa simptom yang boleh dikesan pemilik. Berikut 3 tanda amaran yang boleh anda tahu:
1. IMPAK BISING DATANG DARI RUANG ENJIN
Ini simptom paling mudah dikesan apabila anda terdengar bising dari ruang enjin. Mounting motor yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.
2. GEGARAN MELAMPAU
Simptom lain mounting enjin sudah rosak dan teruk ialah gegaran melampau. Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin. Gegaran yang tidak diredam akan menyebabkan seluruh kenderaan bergegar, sekali gus membuatkan suasana dalam kabin jadi tidak selesa.
Anda akan rasa gegaran kuat pada papan pemuka dan stereng ketika enjin dalam keadaan melahu atau melalui permukaan jalan tidak rata.
3. ENJIN BERGERAK
Satu lagi simptom mounting enjin teruk atau rosak ialah pergerakan enjin dalam ruang enjin. Jika mounting enjin dalam kondisi baik, ia sepatutnya dapat memegang atau mengikat enjin dalam ruang enjin. Bagaimanapun, jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin bergerak ke depan, belakang, atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut, dan mungkin juga disertai bunyi bising.
BACA >>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
Akibat jumlah gegaran yang dijana enjin sebagai sebahagian operasi tetap, mounting motor ialah komponen penting untuk mana-mana kenderaan. Jika gagal, ia bukan saja membuatkan kabin tidak selesa untuk penumpang, tetapi juga menimbulkan stres tambahan yang boleh merosakkan komponen enjin lain.
Jika anda mengesyaki mounting motor anda bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa mekanik sama ada mounting enjin perlu ditukar baharu.
SUMBER: YourMechanic
Burn says
Sy pkai kancil enjin kelisa 1.0 auto..bila tekan minyak pedal minyak rasa bergetar...maunting enjin da tukar semua.kenapa ye?
Yo says
Tukar kereta anda
Mk says
Drive shaft
Mohd. Hamsani Bonah says
Saya guna kereta wira auto...semasa kereta berhenti di lampu trafik dan gear dlm keadaan D.....enjin akan bergegar....adakah itu salah satu punca mounting rosak atau haus
Fendi JB says
Saya pakai perodua viva 850 manual. Masalah kereta sy ialah abnormal sound setiap kali sy tekan pedal minyak semasa air cond on. Contoh, pada gear 5, bunyi tu dtg bila speed cecah 80kmh. Bila air cond tutup, bunyi hilang. Boleh sy tau apa puncanya?
Amira says
Tu sebab air cond punya sistem dah bermasalah.. Kena buat semula wayering air cond dan tukar compressor air cond
Faizzal Jinong says
Saya pakai Toyota wish, bila start engine, kedengaran bunyi tek tek dari engine.
Yg kedua, bila tekan pedal minyak, bunyi megaum tetapi. Kereta tak begerak.
Dang mail says
Saya pakai Iswara sedan menual lama masa kerata berjalan tidak ada apa apa getaran tapi selepas saya berhenti dan gear kerata free steering isara saya bergegar apa masalahnya bosku
Amira says
Enjin mounting kena tukar
yusnida says
Saya nak tanya..sya guna kereta bezza..bila start kereta..n jalan dalam 10min..kipas ejen kete sya bergegar..bunyi kuat..n saya x selasa utk truskan perjalan..adakan sbb skru kipas longgar or maslah lain
Zaid ryyn says
Assalam. Sy nak tanya. Sy pakai myvi 1.3 manual. Bila waktu pagi nak start lereta bunyi gegar pada bahagian enjin sgt kuat. Kemudian bila masok gear 1 tekan minyak enjin bergegar kuat. Bila lepas minyak xgegar plak. Dan kalau waktu laju bila lepas minyak pastu tekan balik minyak smpai nk dekat rapat bunyi enjin gegar tu ade balik..adakah mounting yg puncanya?
AO says
Elok rujuk bengkel. Mounting salah satu punca, boleh jadi juga spark plug atau sebab lain
Aleesya says
Saya pkai kancil 660 auto ..bhnti dia gegar .. bila jalan dia ok kenapa ye
Siti Norhashima says
Bila masuk gear 12345 sambil tekan minyak pedal ada bunyi ketak tukar gear 3 pn bunyi ketak
abu says
salam sejahtera saya guna myvi 1.3 auto bila pandu 80/90 bunyi bedengung kejap ada kejap xda tapi bila naik 110 ke atas bunyi dengung tu macam kuat macam nk tekelua enjin adakah tu mounting jugak
Mohamad Naim says
Gegar bila rpm bawah dari angka 1 .. lagi2 bila pasang aircond..
mail says
saya pakai kereta viva 1.0 (auto).bila masuk gear mengundur(R), engine bergegar .Sebab apa ya?
Ada ku x kisah says
Gegar tu.sebab getahnya dah haus.
Menatang tu kan ada getah
Jadinya nk menyerap gegaran,kena la ada getah yg elok.
Cuba kalau awak letak tgn kt enjin tu.bergegau x.
Mestilah tgn bole rasa.
Itulah kegunaan enjin mounting.
Penyerap gegaran
Enjin bukan digantung bos
Tp diikat bersama enjin.
Kalau x,pakai la enjin terbangg
Kalau nak pakai sampai kiamat pun bole
Tapi bergegar lahhhh.hahaha
nazmi says
salam, saya nak tanya pandang tuan, saya memakai kenderaan volkswegen polo 1.6 masalah yang saya enjin akan bergetar bila masuk gear 4 atau pun mendaki bukit apabila saya lepas pedal minyak getaran terus hilang.
Idid says
Kete keluar asap putih.kalau jalan biasa saja tiada asap keluar.masa masuk gear satu dn tekan minyak kuat2 keluar asap putih tebal.masa kereta terkubur.tekan minyak kuat pun keluar asap putih.
AO says
Standby untuk overhaul