• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Yamaha Dedah R1 dan R3 GYTR, Model Edisi Khas Lumba Trek

#EICMA2018: Yamaha Dedah R1 dan R3 GYTR, Model Edisi Khas Lumba Trek

November 6, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

789
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 mendedahkan dua model edisi khas yang menjadi sebahagian program pembangunan Yamaha GYTR (Genuine Yamaha Technology Racing), terdiri daripada R1 dan R3 yang kedua-dua model dibangunkan untuk tunggangan trek.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu

Berikut beberapa fakta ringkas tentang model edisi terhad tersebut:

1. YZF-R1 GYTR

Yamaha YZF-R1 GYTR-4
Yamaha YZF-R1 GYTR-1
Yamaha YZF-R1 GYTR-2
Yamaha YZF-R1 GYTR-3
  • Didatangkan lengkap dengan livery merah menyala dan putih sebagai simbol ulang tahun Yamaha R1 ke-20 dan kejayaan perlumbaan Suzuki 8 Hours. Jentera ini hanya dikeluarkan 20 unit dan dipasangkan komponen berkualiti untuk menjadikan ia sebuah mesin peluru berpandu berorientasikan trek.
  • Model ditayangkan di EICMA 2018 itu hanya versi prototaip dan spesifikasi penuh dan harga akan didedahkan pada pertengahan Disember nanti.
  • Tempahan boleh dibuat secara atas talian.
  • Antara komponen khas ialah Unit Kawalan Elektronik (ECU) lumba dan Unit Kawalan Komputer (CCU) yang membolehkan penunggang menganalisis data tunggangan. Tidak ketinggalan juga terotel aksi-pantas.
  • Model ini juga menerima pakej suspensi Öhlins FGRT 219 (depan) dan absorber TTX36 GP (belakang), lengkap dengan damper stereng boleh laras dan sistem ekzos Akrapovič titanium.
  • Perlindungan maksimum dibekalkan Gilles Tooling menerusi pelindung gandar roda dan kotak engkol.
  • Yamaha turut menawarkan opsyen memasang siri komponen bukan kilang (non-factory) yang dipilih khas dan dipasangkan jurutera lumba.
  • Apabila sudah siap, jentera akan menjalani proses dyno enjin dan talaan khas bagi memastikan prestasi optimum.

BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

2. YZF-R3 GYTR

Yamaha YZF-R3 GYTR-2
Yamaha YZF-R3 GYTR-1

Tidak ketinggalan, kemunculan YZF-R125 dan YZF-R3. Miniatur supersport perlumbaan GYTR itu didatangkan dengan pek perlumbaan yang terdiri daripada:

  • Suspensi Öhlins Racing.
  • Brek cakera Brembo depan.
  • Ekzos Akrapovič titanium.
  • Kit enjin GYTR yang membolehken jentera mematuhi regulasi  Kejohanan World Supersport 300 FIM.

Penampilan itu mengubah imej jentera standard kepada versi lumba yang lebih garang.

VIDEO

SUMBER: MCN

Related

789
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2018, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), Pamera Motor Milan (EICMA) 2018, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, supersport, Yamaha, Yamaha YZF - R3, Yamaha YZF-R1, Yamaha YZF-R1 GYTR, Yamaha YZF-R125, Yamaha YZF-R3 GYTR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev