SEBAGAI tambahan kepada RSV 1100 RR yang diumumkan bulan lalu, Aprilia menambah saudara kedua dalam famili RSV4, iaitu RSV4 1100 Factory.
Aprilia terdahulu melakukan beberapa magis ke atas enjin 1100 V4 yang menghasilkan kuasa setinggi 201hp pada RR. Gerek ditingkatkan daripada 78mm kepada 81mm. Pam minyak baharu dengan kapasiti lebih besar digunakan, termasuk jet minyak berganda untuk mengekalkan kesejukan piston.
BACA >>> Aprilia RSV4 RF Limited Edition - Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit
Aprilia turut melakukan pemetaan semula (remap) terhadap komputer enjin dan menetapkan pengehad rev pada 13,600rpm. Hasil akhir dicapai kini ialah peningkatan kuasa kepada 217hp. Gear 5 dan 6 kini lebih panjang sebelum perlu dianjak turun rev pada halaju tinggi.
Lagi tambahan kepada enjin, Aprilia juga mengubah setup frem dan suspensi, termasuk agihan berat. Yok stereng diofset pada 2mm, manakala jarak roda dipendekkan 4mm. Tetapan baharu itu mengubah sedikit geometri stereng, membuatkan roda depan lebih dekat kepada penunggang dan meningkatkan beban ke atas roda depan serta menambah kestabilan tanpa mengabaikan ketangkasan.
Fork Öhlins NIX mendapat tambahan travel 5mm untuk menambah baik pengendalian di selekoh, manakala absorber Öhlins boleh laras dan damper stereng juga disertakan bersama. Swingarm pula kini lebih kuat, dengan meningkatkan yaw dan torsi untuk tambahan kestabilan ketika keluar selekoh.
RSV4 1100 Factory juga mendapat kaliper depan Brembo Stylema dengan pad brek lebih agresif dan salur udara gentian karbon untuk penyejukan lebih baik. Winglet gentian karbon pada fairing menambah daya bawah kepada roda depan, juga winglet pertama digunakan pada superbike pengeluaran.
BACA >>> 8 Unit Aprilia RSV4 RF Habis Ditempah, RM127,571 Seunit
Mufler akropovic titanium, baterium litium Bosch ringan dan penggunaan ekstensif gentian karbon mengurangkan berat jentera kepada 199kg. Digabungkan kuasa kuda 217hp, RSV4 1100 Factory kini menjadi salah satu superbike Itali terpantas.
GALERI
SUMBER: RideApart
Leave a Reply