• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition Lancar di Jepun 1 Disember Ini, Harga RM49k

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition Lancar di Jepun 1 Disember Ini, Harga RM49k

November 5, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI akan meluncurkan Ninja ZX-6R KRT Edition pada 1 Disember depan. Model itu, yang memiliki persamaan warna dan fiil tunggangan seperti model Ninja ZX-10RR dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), boleh dimiliki pada harga ¥1,328,400 (RM48,926).

Menawarkan keseronokan tunggangan sama ada di lebuh raya, trek atau dalam bandar, bahagian enjin dan casis dioptimumkan dengan ciri sokongan seperti Quick Shifter Kawasaki (KQS), Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), pilihan mod Power, Sistem Brek Anti-Kunci Pintar Kawasaki (KIBS).

Ninja ZX - 6R KRT EDITION-1
Ninja ZX - 6R KRT EDITION-2
Ninja ZX - 6R KRT EDITION-2

Penampilan Ninja ZX-6R KRT Edition diserlahkan menerusi lampu utama kembar LED dan rekabentuk agresif. Dijana enjin bersesaran 636cc DOHC, jentera supersport itu mampu menghasilkan kuasa 125hp @ 13,500rpm dan tork maksimum 70Nm @ 11,000rpm dengan padanan transmisi 6-kelajuan.

BACA >>> Debut Kawasaki Ninja ZX-6R (2019) dengan Gaya Baharu yang Lebih Praktikal, Moden

Berikut ciri utama dimiliki Ninja ZX-6R KRT Edition:

  • KQS
  • KIBS
  • KTRC
  • Pilihan mod Power
  • Klac bantuan dan sliper
  • Lampu depan kembar LED
  • Frem perimeter aluminium
  • Suspensi Showa SFF-BP (fungsi asing fork-piston besar)
  • Tayar BATTLAX HYPERSPORT S22
  • Pelana depan tirus dengan posisi tunggangan slim dan peg kaki lebih baik.
  • Tuil klac bloleh laras 5-tahap dan brek (6-tahap)
  • Kunci helmet standard
  • Panel instrumen multifungsi
  • Regulasi emisi ekzos Euro4
  • Ciri ETC 2.0 sebagai standard (bawah pelana)
Ninja ZX - 6R KRT EDITION-1
Ninja ZX - 6R KRT EDITION-3

AKSESORI

  • Slider gandar depan
  • Gad enjin
  • Pad lutut, tangki
  • Damper stereng
  • Pelindung pelana tunggal
  • Beg pintar

BACA >>> 13 Fakta Pantas | Kawasaki Ninja 400 (2018)

SUMBER: BikeBros

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jepun, Kawasaki, Kawasaki Jepun, Kawasaki Motor Malaysia, Kawasaki Ninja ZX-10RR, Kawasaki Ninja ZX-6R Edisi KRT, Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), ninja, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev