PROTON Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya, Proton Edar melancarkan kempen “It’s in the drive” dengan menawarkan pelbagai promosi dan hadiah menarik.
Kempen yang bermula sekarang hingga 31 Mac 2016 akan diadakan di beberapa lokasi terpilih termasuk pusat beli-belah.
Berikut adalah tawaran menarik yang ditawarkan buat pembeli Proton sepanjang tempoh kempen;
- Kadar faedah serendah 2.8% bagi semua kereta Proton
- Skim graduan khas dengan ansuran bulanan bermula dari RM258 sebulan
- Rebat sehingga RM3,000 ditawarkan kepada semua pemilik Proton yang menggantikan atau membeli sebuah lagi kereta Proton
- Penukaran kenderaan Proton sedia ada kepada yang baharu bakal menikmati rebat tambahan sebanyak RM100 bagi setiap tahun usia kereta mereka
- Diskaun sehingga RM6,200 bagi model 2015 terpilih
Dalam pada itu, Proton Edar kini sedang mengadakan promosi siri jelajah di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 24 Januari 2016 (hari ini) bermula 10 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk demostrasi kemahiran pemanduan yang betul, mengenalpasti ancaman dan bahaya serta bagaimana untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.
Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai ke siri jelajah Proton di Setia Alam dan pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang bertuah.
Leave a Reply