• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Malaysia Dedah Spesifikasi dan Harga Camry Serba Baharu

Toyota Malaysia Dedah Spesifikasi dan Harga Camry Serba Baharu

November 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

375
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dijanjikan, Toyota Malaysia akhirnya mendedahkan butiran terperinci model sedan segmen-D popular, Camry serba baharu di laman web rasmi dan Facebook wakil pengedar tersebut, termasuk jangkaan harga untuk pasaran tempatan.

Menampilkan rekabentuk baharu sepenuhnya, Camry tampil berbeza berbanding generasi terdahulu yang kali ini berwajah lebih muda dan agresif dengan elemen serba sporty.

Berikut fakta pantas tentang Toyota Camry versi Malaysia:

  • Ada 5 pilihan warna ditawarkan: Red Mica (merah), Platinum White Pearl Mica (putih), Silver Metallic (perak), Graphite Metallic (kelabu), Burning Black CS GF (hitam).
  • Dibina berasaskan platform golbal baharu - Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang lebih stabil, tangkas dan selamat.
  • Cuma satu varian enjin diperkenalkan: 4-silinder sebaris 2AR-FE, 2.5L 16 valve DOHC dengan Dual VVT-i dan ACIS berkuasa 183hp @ 6,000rpm dan tork 235Nm @ 4,100rpm.
  • Transmisi menggunakan kotak gear automatik 6-kelajuan dengan Super ECT dan Sequential Shifter.
  • Suspensi menggunakan stru MacPherson dengan stabiliser (depan), dan Wishbone berganda dengan stabiliser (belakang).
  • Lampu utama jenis projektor Bi-LED dengan signal belok LED.
  • Rim aloi 18 inci, saiz tayar 235/45R18
  • Kerusi kulit dengan fungsi memori sebelah pemandu.
  • Roda stereng boleh laras elektrik dengan dengan fungsi memori.
  • Paparan skrin sentuh DVD 8 inci dengan 9 pembesar suara Sistem Audio JBL.
  • Paparan Multi-Informasi (MID) berwarna 7 inci dengan meter optitron.
  • Aspek keselamatan membariskan ciri-ciri premium seperti:
    • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
    • Amaran Lencong (LDA) dengan Bantuan Stereng
    • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
    • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
    • Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan Brek Pegun Automatik (ABH)
    • Pemantaian Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • 7 beg udara SRS
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawal Daki Bukit (HAC), Signal Henti Kecemasan (ESS)
    • Sensor parkir
    • Sistem Pantau Tekanan Tayar (TPMS)
    • Tali keledar 3-poin, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX (belakang saja)
  • Jangkaan harga bermula RM189,900 untuk pembelian persendirian, dan RM191,500 untuk syarikat.

Kepada yang berminat, tempahan Camry baharu ini dibuka serta merta, termasuk tempahan memandu uji sedan saiz pertengahan ini. Berminat?

GALERI

SUMBER: ToyotaMalaysia

 

 

 

 

Related

375
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: All New Toyota Camry, Roda4, sedan segmen-D, Segmen D, Toyota, Toyota Camry Serba Baharu, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev