• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia SR 50R Lancar 30 November Depan (Bukan di Malaysia)

Aprilia SR 50R Lancar 30 November Depan (Bukan di Malaysia)

October 31, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

460
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIAGGIO Group Japan akan melancarkan model Aprilia SR 50R pada 30 November depan. Skuter berkenaan ialah model pertama bersesaran 50cc diperkenalkan dalam segmen skuter super sport dan memiliki sejarah lebih 20 tahun dalam industri.

Terbaharu, skuter berkenaan kini mematuhi regulasi Euro4 hasil perubahan penapis udara, rekaan baharu pelindung silenser di samping padanan grafik baharu serta ruang meletak nombor plat baharu. Pasaran Jepun akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu racing black (hitam), racing white (putih) dan fluo red (merah) pada harga Y324,000 (RM11,972).

BACA >>> MOTO: Aprilia SR Max 300 (2015)

Aprilia SR 50R-3
Aprilia SR 50R-1

Berikut 4 fakta utama yang perlu anda tahu tentang Aprilia SR 50R:

REKABENTUK

Rekabentuk skuter diilhamkan daripada model sport Aprilia yang boleh dilihat menerusi dual lampu depan, intake udara tengah, fairing belakang aerodinamik bersama lampu belakang dan lampu signal binaan dalam.

ENJIN

Dilengkapi enjin silinder tunggal 2-lejang 50cc penyejukan cecair Hi-Per 2 Pro yang memberikan prestasi pecutan tinggi dan dipadankan penukar pemangkin berganda untuk sistem ekzos. Ia juga memiliki sistem udara sekunder untuk membersihkan enjin.

BACA >>> #AutoExpo2018: Suzuki Burgman Street 125, Skuter Karburetor untuk Pasaran India

Aprilia SR 50R-2
Aprilia SR 50R-4

STRUKTUR CASIS

Frem keluli tegangan tinggi diletakkan di hujung depan berbanding skuter biasa bagi mendapatkan agihan berat ideal. Hasilnya, respon tayar depan lebih bagus dan prestasi casis menyumbang kepada pengendalian selesa dan peningkatan prestasi. Skuter Itali ini juga menampilkan rim 13 inci bersama tayar profil rendah 130/60 bagi mendapatkan cengkaman terbaik. Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera 190mm di depan dan belakang.

CIRI PERALATAN

Keselesaan posisi tunggangan disumbangkan pelana ergonomik dan tersedia ruang simpanan di bawah yang boleh menempatkan helmet muka penuh dan ruang simpanan seliter untuk barangan kecil. Paparan spidometer kini dalam bentuk digital dan panel multifungsi.

SUMBER: BikeBros

Related

460
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia Malaysia, Aprilia SR 50R, Piaggio Group Japan, roda2, skuter, skuter super sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev