• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB 650R (2019) Ilham Model Konsep Neo Sport Cafe Debut di EICMA 2018?

Honda CB 650R (2019) Ilham Model Konsep Neo Sport Cafe Debut di EICMA 2018?

October 29, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Honda pada 3 Oktober lalu mempamerkan model konsep Neo Sport Cafe yang khabarnya ialah prototaip CB 650R (2019). Terkini daripada Young Machine, model itu khabarnya bakal debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, bulan depan.

BACA >>> Honda Neo Sports Cafe Racer - Generasi Naked Sports Masa Hadapan

Honda aktif membangunkan Neo Sports Cafe tahun ini yang tampil dengan gaya moden dan pengendalian lincah. Kehadiran jentera itu bakal mengisi ruang kosong antara jentera CB 1000R - 300, 250, 150, 125. Model konsep itu juga memiliki ciri sama seperti CB 650F. Difahamkan jentera naked versi akan datang itu akan berubah menjadi jentera café racer dengan menukar nama kepada CB 650R.


Enjin disokong swingarm sama seperti CB 650F, tetapi bahagian frem diperbuat daripada keluli baharu. Rupa luaran menggunakan lampu utama LED dua aras, atas dan bawah. Ini termasuk fork terbalik (USD) dan kaliper radial yang juga diturunkan daripada model CB-R.

BACA >>> Honda Siar Foto Acah Lampu Depan CB 650R, Model Sebenar atau Konsep?

Apa yang menarik perhatian, adakah Honda mengekalkan lampu depan futuristik ala Harley-Davidson dan posisi nombor plat yang tidak mengikut selera peminat. Buat masa sekarang masih belum disahkan sama ada rekaan itu cuma untuk model konsep atau menjadi rekabentuk final model pengeluaran. Jika ya, ia pasti memberi personaliti unik dan tersendiri kepada model Honda berkenaan.


Imej janaan komputer (CG) CB 650R (2019) berasaskan model konsep yang ditayangkan di Pameran Motor Paris 2018. Karakter diserlahkan menerusi nombor plat dan lampu utama dua aras, dengan arkitektur berasaskan CB 650F.


Model naked Honda CB 650F (2017) dengan ciri lampu depan LED.

Related

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), EICMA 2018, Honda, Honda CB 650F, Honda CB 650R, Honda Neo Sport Cafe Concept, model konsep, motosikal konsep, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev