• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Helmet Biltwell Akhirnya Dapat Rating ECE, Lepasi Standard Eropah

Helmet Biltwell Akhirnya Dapat Rating ECE, Lepasi Standard Eropah

October 29, 2018 By Aryon Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMAIN baharu dalam pasaran helmet, Biltwell nampaknya betul-betul serius mahu menawan hati pengguna apabila mendapat rating ECE 22.05. Sebelum ini, helmet bajet yang terkenal dengan rekabentuk retro dan berwarna-warni itu cuma mendapat rating DOT, iaitu penarafan paling asas untuk perlindungan topi keledar.

BACA >>> Inilah 6 Helmet Pilihan Penunggang Motosikal Sedunia

Rating ECE 22.05 (ECE - Economic Commission for Europe) ialah lebih ketat dan menyeluruh berbanding DOT. Ini membolehkan helmet itu sah dijual di lebih 50 negara Eropah yang tidak menerima rating DOT. Jadi, Biltwell ada potensi besar untuk merebut pasaran baharu di rantau tersebut.

STANDARD & GRINGO S

Biltwell Gringo didatangkan dalam dua versi: Standard dan Gringo S.

Standard ialah helmet muka penuh (full-face) tanpa visor bergaya oldskool. Cengkerang helmet asal Amerika Syarikat (AS) itu dibina berasaskan material ABS dengan cengkerang dalaman EPS serap hentak, pelapik boleh tanggal dengan paten berlian sulaman tangan dan strap D-ring ganda.

Gringo S pun turut memiliki ciri sama, tetapi dengan tambahgan visor bersepadu. Versi rating ECE ini didatangkan dengan beberapa warna baharu yang lebih cool daripada hitam pekat, hingga warna metalik berkilau.

BACA >>> Helmet Replika Valentino Rossi, AGV Pista GP R Soleluna 2018 - RM5.4k

Rating ECE diperoleh Biltwell pasti menggembirakan peminat helmet yang mengikuti perkembangan jenama berkenaan. Helmet versi muka penuh itu memang menggiurkan dan nampak 'kena' dengan pelbagai jenis motosikal, termasuk moped.

Berdasarkan tinjauan di laman beli belah Lazada Malaysia, helmet Biltwell boleh dibeli pada harga lebih kurang ~RM250, yang cuma versi muka separuh. Tetapi kalau dilihat pada laman web rasmi Biltwell, helmet muka penuh (tanpa visor) jenama itu boleh dimiliki pada harga serendah AS$159.95 (RM668) untuk versi DOT, manakala ECE bermula AS$174.95 (RM730).

Berminat?

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, Amerika Syarikat (AS), Biltwell, Full-Face Helmet, helmet, Helmet Muka Penuh, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev