• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / T-Cross - Taruhan Baharu Volkswagen untuk Segmen SUV Subkompak

T-Cross - Taruhan Baharu Volkswagen untuk Segmen SUV Subkompak

October 29, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN (VW) memang hebat dalam memasarkan kereta subkompak dan hatchback seperti Polo dan Golf. Kedua-dua model itu mempunyai sejarah yang panjang, dan VW nyata berjaya memberikan apa yang dimahukan pelanggan.

Namun, trend semakin berubah. Pengeluar kereta tidak boleh lagi bergantung kepada segmen tradisional dan harus cepat menghidu kehendak pelanggan. Pelanggan hari ini semakin terarah kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV). Lihat saja pelbagai model dan segmen SUV yang dipasarkan di Malaysia.

VW mungkin agak lambat dalam saingan segmen itu menerusi barisan SUV seperti T-Cross, Tiguan, Atlas dan Touareg. Ini berbeza pengeluar lain seperti Mazda yang agresif membariskan model menarik seperti CX3, CX4 (China), CX5, CX8 dan CX9.

Persoalannya, bagaimana Mazda melakukan semua itu sedangkan sumber pengeluar itu jauh lebih kecil daripada VW? Hebat bukan?

SUV KOMPAK PERTAMA VW

 

volkswagen-logo
Volkswagen T-Cross, October 2018 (22)
Volkswagen T-Cross, October 2018 (21)

Apapun, masih belum terlambat. Buktinya VW pada 25 Oktober lalu memperkenalkan SUV kompak pertama, dikenali sebagai T-Cross (2019) di 3 lokasi antarabangsa: Amsterdam (Belanda), Shanghai (China) dan Sao Paulo (Brazil). Pemilihan lokasi itu  memberikan isyarat kesediaan VW menawarkan  T-Cross di tiga rantau berbeza, tidak lama lagi.

T-Cross (2019) memiliki dimensi fizikal lebih kecil berbanding T-Roc dan sesuai untuk kegunaan dalam bandar. Berikut ialah ciri-ciri T-Cross:

  • Menggunakan platform MQB dengan roda depan dianjak ke depan.
  • Berukuran 4.11 meter, jarak antara roda 2.56 meter - sesuai untuk memuatkan 5 penumpang.
  • Kerusi belakang boleh dilaras 14sm untuk menyesuaikan ruang kaki atau ruang kargo.
  • Saiz ruang kargo ialah 388-455 liter.
  • Kerusi belakang boleh lipat separuh atau penuh.
  • Jika kerusi belakang dilipat penuh, kapasiti barangan bertambah menjadi 1,281 liter.
  • Mempunyai 4 varian enjin (3 petrol dan 1 diesel) dengan standard Euro 6d-TEMP.
  • 2 enjin 1.0 TSI 3-silinder berkuasa 93hp dan 113hp.
  • Enjin diesel 1.6 TDI berkuasa 93hp
  • Enjin paling berkuasa - 1.5 TSI 148hp
  • Menawarkan pakej bantuan pemanduan seperti: Bantuan Depan dengan Pemantau Pejalan Kaki, Sistem Brek Kecemasan (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA) Lane Assist, Bantuan Mula Daki (HSA), Pengesan Titik Buta (BSD) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Ciri pilihan terdiri daripada: Sistem Amaran Pemandu (DAS), Kawalan Jelajah Adaptif Automatik (AACC) dan Bantuan Parkir.

Selain model dilancarkan, VW mempunyai beberapa lagi model masa depan seperti Tharu dan Tayron yang bakal ditawarkan di China. Di Amerika Syarikat (AS), VW pernah mempamerkan dua model konsep berasaskan Atlas: Cross Sport dan Tanoak.

Sementara itu, persepsi terhadap jenama VW di pasaran tempatan semakin pulih susulan program penjenamaan semula. Ini boleh disaksikan dengan pengukuhan ranking di tempat ketiga dalam Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) J.D. Power 2018.

BACA >>> Tuner Jerman Hasilkan VW Up! GTI Setanding Golf Generasi ke-3 - 145hp, 260Nm

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Volkswagen, Volkswagen T-Cross, vw, VW T-Cross

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev