• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang

Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang

October 25, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KUNCI GPS baharu, Limpet dijangka menarik perhatian ramai penunggang motosikal dan basikal dengan menawarkan tahap baharu sekuriti.

Peranti tersebut beroperasi dalam dua parameter. Apabila kunci diaktifkan, pengguna mesti menetapkan pagar geo atau geofence, iaitu kawasan di mana motosikal anda mesti kekal, dan satu monitor yang sensitif. Penggera akan diaktifkan apabila parameter berubah dengan menyalakan lampu strob dan membunyikan penggera kuat, termasuk menghantar mesej kepada pemilik untuk memaklumkan tentang kedudukan kenderaan yang bergerak.

Kunci GPS itu dijangka dijual pada harga £129.99 (RM699), dengan pemegang spesifik untuk motosikal berharga £29.99 (RM161) berserta setahun pendaftaran berjumlah £39.96 (RM214), bukanlah murah dan mampu dimiliki semua penunggang.

CETUSAN IDEA DUA RAKAN BAIK


Kunci Limpet dihasilkan Geotekk, sebuah syarikat dari Norwich, England yang diasaskan dua rakan, James Sheppard dan Matthew Leach. Idea tentang kunci itu tercetus apabila kedua-duanya pernah kehilangan basikal masing-masing.

Pada 2015, duo sahabat baik itu melaburkan sejumlah £200,000 (RM1.07 juta), termasuk £50,000 (RM268,707) daripada Universitiy of East Anglia, iaitu tempat Leach belajar bidang perubatan, untuk memulakan projek prototaip kunci sikal.

Selepas membiayai £10,000 (RM53,742) menerusi Kickstarter untuk ujian lanjutan, Geotekk berharap dapat melancarkan peranti Limpet pada musim panas 2019 nanti.

Kecurian sikal ialah masalah yang meningkat, dengan penjenayah menggunakan pemotong wayar, malah ada menggunakan peranti canai (grinder) untuk menanggalkan kunci motor.

Statistik menunjukkan banyak basikal dicuri berhampiran rumah pemilik, jadi penggera yang diaktifkan ketika penjenayah mahu mencuri ialah detik penting untuk menghalang niat jahat itu.

"Ideanya ialah lapisan sekuriti. Kami cadangkan ia digunakan bersama kunci tradisional. Tetapi jika anda berada di kawasan berisiko rendah, dan pergi ke pub untuk minum, boleh gunakan Limpet saja.

“Aselerometer yang mengukur impak Limpet boleh diset pengguna supaya tidak terlalu aktif sepanjang masa. Memang ada pengecualian," kata Sheppard.

SUMBER: Geotekk.com

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Geotekk, James Sheppard, Kunci Limpet, Kunci Motor, kunci motosikal, Limpet, Matthew Leach, Universitiy of East Anglia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my