• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Duduk dalam Jaguar XE SV Project 8 dan Berlumba di Nürburgring dengan Caj RM943!

Duduk dalam Jaguar XE SV Project 8 dan Berlumba di Nürburgring dengan Caj RM943!

October 25, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SALAH satu litar dikagumi penggemar automotif ialah Nürburgring Nordschleife di Jerman. Litar itu begitu ikonik bukan saja untuk pemanduan berprestasi tinggi, tetapi juga menjadi lokasi tetap untuk pengeluar kereta menguji kenderaan masing-masing.

Ya, begitu penting sampai ada pengeluar yang sanggup menubuhkan pusat pembangunan kenderaan berhampiran litar tersebut. Menakluki Nürburgring dengan catatan masa terpantas dilihat ada prestij tersendiri dan sering dijadikan cop mohor bagi mana-mana pengeluar dalam menonjolkan kecemerlangan kejuruteraan yang dimiliki.

BACA >>> 15 Fakta Pantas | Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium Kini di Malaysia, Harga Bermula RM426k

Dengan pelbagai cerita hebat tentang litar itu, adakah mereka yang mengidam memandu di Nürburgring tetapi berada jauh dari lokasi, berpeluang memandu di situ? Ya, tidak susah, caranya ialah beli tiket kapal terbang dan nikmatilah tawaran taxi ride Jaguar XE SV Project 8 dengan Track Pack.

RASAI SENDIRI DEBAR NÜRBURGRING


Program sewaan itu ialah tawaran baharu untuk pengalaman Jaguar Race Taxi dan bayaran dikenakan untuk berada dalam model Jaguar tersebut cuma €199 (RM943). Project 8 ialah kereta prestasi tinggi yang sah digunakan atas jalan dan paling ekstrem pernah dikeluarkan divisyen prestasi Special Vehicle Operation Jaguar.

Pada November 2017, kereta penumpang itu berjaya mengalahkan coupe dan supercar terpantas dunia dengan catatan masa 7 minit 21.23 saat di litar berkenaan.

Jadi, dengan pakej ini anda akan dibawa pemandu profesional mengelilingi Nürburgring pada kelajuan melebihi 250kmj dan merasai sendiri daya-G lebih 1.3g atas trek sepanjang 20.8km, dengan 73 selekoh, termasuk daya graviti hingga 1.8g di selekoh Karussell.

Nürburgring Nordschleife ialah lokasi penting untuk pembangunan XE SV Project 8. Di sini juga terletak Pusat Pembangunan SV, iaitu lokasi kereta-kereta keluaran Special Vehicle Operations diasah supaya berbisa.

SPORT YANG ISTIMEWA

Jaguar XE SV Project 8.04
Jaguar XE SV Project 8.09
Jaguar XE SV Project 8.03

XE SV Project 8 mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri seperti panel gentian karbon, komponen aerodinamik boleh laras, suspensi dengan ketinggian dan kamber boleh laras dan kereta jalanan pertama menggunakan bearing seramik ala Formula Satu (F1).

Ini juga model pertama dalam barisan kenderaan Jaguar dilengkapi mod Track khas yang boleh mengaktifkan tetapan kalibrasi elektronik mengikut keperluan litar lumba. Atas kertas, XE SV Project 8 mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.3 saat dengan kelajuan maksimum lebih 321 kmj.

Jika anda tidak gemarkan kereta 2 kerusi, Jaguar turut menawarkan taxi ride dengan model 4 kerusi - XJR575 berkuasa 573hp, iaitu versi XJ paling berkuasa dalam sejarah 50 tahun kereta penumpang mewah itu. Kepada mereka yang berminat, Jaguar Race Taxi dibuka sekarang hingga ditutup pada pertengahan November nanti sebelum beroperasi semula pada 2019.

BACA >>> 9 Fakta Pantas - Jaguar F-Type Coupe Kini di Malaysia, Harga RM575,800

Jaguar XE SV Project 8.01
Jaguar XE SV Project 8.08
Jaguar XE SV Project 8.02
Jaguar XE SV Project 8.06
Jaguar XE SV Project 8.07
Jaguar XE SV Project 8.09
Jaguar XE SV Project 8.04
Jaguar XE SV Project 8.03
Jaguar XE SV Project 8.05

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jaguar, Jaguar Race Taxi, Jaguar XE SV Project 8, Litar Nurbugring, Nürburgring Nordschleife, Special Vehicle Operation Jaguar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev