• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Amaran Polis Scotland: Gantung Lesen 6 Bulan dan Kompaun Kalau Wheelie di Bulatan

Amaran Polis Scotland: Gantung Lesen 6 Bulan dan Kompaun Kalau Wheelie di Bulatan

October 24, 2018 By Aryon Leave a Comment

409
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN berbahaya, wheelie memang seronok. Penunggang wheelie saja kenal keseronokan menunggang motosikal sambil mengangkat tayar depan. Kalau boleh berdiri atas pelana, lagi dihormati dan dipandang tinggi.

Tetapi bukan sedikit yang kecundang. Ada yang terlantar di wad, ada yang sampai melayang nyawa. Ini bukan hal main-main. Sebabnya, mereka me-wheelie tidak kena tempat. Ada beraksi di tengah jalan raya sibuk, dan di simpang jalan serta tidak pakai pula pakaian menunggang yang sesuai. Tidak pakai helmet, berseluar pendek dan berselipar.

Di Scotland, gara-gara aksi berbahaya itu, polis di sana bertindak menguatkuasakan undang-udang larangan wheelie di kawasan bulatan jalan (roundabout). Jika dicekup, bersiap sedialah bayar denda £450 (RM2,419) dan  digantung lesen selama 6 bulan. Parah juga hukumannya.

BACA >>> #Videotomotif: Mat Rempit Greece Minat Sangat Modenas Dinamik, Inikah 'Hujan Batu di Eropah'?

POT MAT REMPIT

Salah satu bulatan jalan di Scotland.

Mungkin kawasan bulatan jalan sudah jadi pot untuk anak muda Scotland melakukan aksi wheelie. Samalah cerita mat rempit di Malaysia yang gemar menjadikan mana-mana laluan lurus dengan lampu isyarat sebagai trek berlumba drag.

Adakah polis Malaysia pun patut mewartakan kawasan tertentu sebagai tempat larangan keras merempit dan jika ditangkap akan dikenakan kompaun yang mampu menitiskan air mata? Tambahan lagi kalau dikombokan bersama sita motosikal.

Tetapi apapun, perlu ada penguatkuasaan dan tangkapan dibuat. Kalau tidak, memang mat rempit takkan lut. Maklumlah kalau sudah jiwa rempit dalam diri, memang mahu langgar saja.

BACA >>> #Videotomotif: Baru 16 Tahun Sudah Jadi Joki Drag Pro, dan Masih Merempit Jalanan

Related

409
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bulatan Jalan, kompaun, mat rempit, Mat Rempit Scotland, Polis Scotland, roda2, Roundabout, Saman Wheelie, Scotland, wheelie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev