• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus ES (2019) JDM Lancar di Jepun dengan Ciri Cermin Sisi Digital

Lexus ES (2019) JDM Lancar di Jepun dengan Ciri Cermin Sisi Digital

October 24, 2018 By Han Othman Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS baru-baru ini memperkenalkan ES serba baharu untuk pasaran Amerika Utara, termasuk di Paris untuk rantau Eropah. Kini, pengeluar Jepun itu membawa pulang sedan mewah baharu itu ke bumi asal jenama tersebut, Jepun dengan diberikan kamera pandang sisi digital, satu-satunya ciri baharu yang diperkenalkan untuk model pengeluaran.

ES diperkenalkan bersama sedan LS yang lebih besar, pada 1989, hampir 30 tahun lalu. Namun, kemudian tiada lagi sehinggalah 2005 apabila Toyota melancarkan jenama itu untuk pasaran domestik Jepun (JDM).

Memasuki generasi ke-7, Lexus ES kini semakin mengancam dan menarik perhatian berbanding model-model terdahulu.

BACA >>> Sedan Mewah Penuh Seni Jepun, Lexus LS (2018) Bakal Tiba! Tempahan Kini Dibuka

Parameter asas sama seperti model sedia ada di pasaran yang dibina berasaskan platform GA-K, iaitu bersi terbaharu Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA). Platform ini turut menjadi tulang belakang Camry, Avalon dan RAV4. Dalam kes Lexus pula, platform tersebut menjadi binaan asas sedan mewah.

CERMIN SISI DIGITAL


Lebih unik, untuk pasaran JDM, ES didatangkan eksklusif dengan enjin hibrid 4-silinder 2.4L hibrid, termasuk menawarkan versi F Sport yang lebih sporty.

Perbezaan paling ketara untuk ES versi Jepun ini ialah pengenalan sistem Monitor Pandang Sisi Digital (DSVM) bagi menggantikan cermin sisi dengan kamera digital. Jadi, imej dirakamkan akan dipaparkan pada skrin 5 inci di sebalik pilar A. Teknologi seumpama itu sudah lama ada, dan baru-baru ini mendapat kelulusan badan automotif Jepun.

BACA >>> Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

Pembeli di pasaran tempatan boleh memiliki ES300h pada harga ¥5,800,000 (RM214,704), termasuk cukai, manakala versi F Sport berharga ¥6,290,000 (RM232,843) dan varian paling premium, Version L, ¥6,980,000 (RM258,403).

GALERI

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: JDM, Lexus, Lexus ES, Lexus ES JDM (2019), pasaran domestik Jepun (JDM), Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev