• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aston Martin Buka Studio Rekabentuk di Shanghai, Lancar SUV Pertama 2019

Aston Martin Buka Studio Rekabentuk di Shanghai, Lancar SUV Pertama 2019

October 25, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TIDAK boleh disangkal lagi pasaran China begitu penting untuk ekonomi dunia. Pelbagai pengeluar sedang berdagang di China dan pada masa sama syarikat tempatan turut mahu membuktikan keupayaan di tanah air sendiri.

Salah satu keunikan pengeluar asing dan tempatan di China ialah mereka saling berkerjasama menerusi kaedah membangunkan kepakaran tempatan dan pemindahan teknologi. Ini penting dan strategi menang-menang, bukan sekadar tahu mengaut keuntungan untuk dibawa pulang ke negara asal.

BACA >>> CEO Aston Martin Tunjuk Handal - Menang Tempat Kedua Lumba Enduran 24 Jam!

Terbaharu, pengeluar kereta mewah Britain, Aston Martin Lagonda (AML) mengumumkan pembukaan studio rekabentuk baharu di Shanghai. Ini ialah studio pertama AML di luar Britain dan dikenali sebagai Aston Martin Lagonda Creative Lab, NICE 2035.

KERJASAMA DENGAN IPT TEMPATAN

universiti-tongji-shanghai-logo
aston-martin-logo

Menariknya, studio ini menjalinkan kerjasama dengan Universiti Tongji, Shanghai, iaitu salah satu institut pengajian tinggi (IPT) ternama di dunia dalam bidang rekabentuk dan inovasi. Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman sendiri mengakui kepentingan pasaran China dan kerjasama tersebut.

"China ialah pasaran yang sangat penting untuk kejayaan masa depan Aston Martin. Berkerjasama dengan peneraju industri dan pelajar berbakat di Universiti Tongji membolehkan kami mempunyai pemahaman mendalam tentang trend di sini selain memastikan tumpuan kami terhadap keperluan pelanggan China," katanya.

Reichman turut berkongsi rancangan kerjasama AML, iaitu rekabentuk dalaman model sport dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Aston Martin yang bakal dilancarkan pada 2019. Kerjasama akademik itu nampaknya benar-benar berakar apabila beliau sendiri menjadi profesor pelawat di universiti berkenaan.

Akhir sekali, dunia bakal menyaksikan adunan SUV pertama Aston Martin dengan pengaruh British dan China. Dunia automotif tidak pernah tidak menarik dan adakah James Bond bakal guna SUV sebagai kenderaan rasmi nanti?

BACA >>> Tidak Cukup Masuk F1, Aston Martin Mahu Buat Kapal Selam Pula

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Lagonda, Aston Martin Lagonda Creative Lab, Auto Terkini, Britain, China, Marek Reichman, NICE 2035, Roda4, Universiti Tongji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev