• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 8 Fakta Pantas - Peugeot 308 THP Baharu Diperkenal, Versi Facelift yang Lebih Umpph

8 Fakta Pantas - Peugeot 308 THP Baharu Diperkenal, Versi Facelift yang Lebih Umpph

October 24, 2018 By Azhan O Leave a Comment

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd memperkenalkan 308 THP baharu kepada pelanggan Malaysia sempena acara Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow di Pusat Beli Belah 1 Utama. Model kompak hatchback baharu itu kali ini tampil dengan rekabentuk bergaya, kejuruteraan cemerlang dan kepuasan pemanduan tulen yang pasti menjanjikan keseronokan buat pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Dato' Samson Anand George berkata, 308 THP baharu jelas menyerlahkan ciri dan fungsi Eropah selain menjadi varian dipertingkat untuk model Peugeot paling laris di Malaysia.

"Ia direka untuk pembeli Malaysia yang karismatik. Kami percaya 308 THP baharu akan jadi salah satu model paling laris bersama SUV 3008," katanya.

Berikut 8 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Peugeot 308 THP baharu:

1. Menampilkan bahasa rekabentuk Peugeot terkini dan rupa baharu dinamik dengan bampar depan, bonet dan gril radiator direka semula, disatukan bersama lencana ikonik Peugeot Lion.

2. Ruang kabin juga tampak bergaya dengan rekabentuk papan pemuka ergonomik Peugeot i-Cockpit yang direka untuk keselamatan dan keselamatan bersama roda stereng kompak dan skrin sentuh definisi tinggi (HD) 9.6 inci, serta paparan dongak (HUD) yang diletakkan pada paras optimum pandangan mata pemandu. Konsol tengah juga ditinggikan.

3. Menawarkan ciri konektiviti termaju seperti Mirrorlink, Android Auto dan Apple CarPlay untuk dihubungkan dengan telefon pintar anda mengikut jenis sistem operasi (OS). Sebagai tambahan, kamera undur 180º dipasangkan dengan fungsi zum automatik untuk memudahkan kerja memarkir dan mengundur kenderaan.

4. Berbanding model pra-facelift, profil 308 THP baharu ini lebih bersegi dan lebih responsif. Enjin 1.6L THP dipadankan bersama transmisi automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift. Hasilnya ialah tambahan kuasa 14hp berbanding model pra-facelift dengan output 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm.

5. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 211kmj, dan pada masa sama masih mampu menawarkan jarak perjalanan terbaik iaitu 800km untuk sekali isian penuh. Lagi? Ada juga mod Sport untuk mereka yang berjiwa kelajuan.

6. Aspek keselamatan dan keselesaan turut dipertingkat. Model baharu ini 140kg lebih ringan, lebih kompak dan kukuh dengan pusat graviti (CoG) rendah berbanding model terdahulu, sekali gus menambah kestabilan jentera.

7. Pakej keselamatan terdiri daripada:

  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)

8. Ada 5 warna ditawarkan: Pearl White (putih), Ultimate Red (merah), Artense Grey (kelabu), Magnetic Blue (biru) dan Nera Black (hitam).


TAWARAN HEBAT, MASA TERHAD!

peugeot-308-malaysia-6
peugeot-308-malaysia-7
peugeot-308-malaysia-10

Anda boleh menyaksikan sendiri 308 THP baharu bermula hari ini hingga 28 Oktober nanti di 1 Utama New Wing bersama model Peugeot lain seperti 308 GTi baharu, SUV 3008, SUV 5008 dan 208 Puretech. Acara Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow turut mengadakan kempen hujung tahun 'Year-End Autovaganza Campaign' dengan menawarkan jualan dan penjimatan hebat hingga lebih RM12,000. Jualan masa terhad itu melibatkan model seperti:

  • Peugeot 308 THP baharu - RM 129,888
  • Peugeot 3008 SUV - RM141,888.
  • Peugeot 5008 - RM172,888 dan
  • Peugeot 208 Puretech - RM86,888.

Peminat Peugeot juga boleh menikmati acara Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow di tingkat bawah (ground floor), High Street, Pusat Beli-Belah 1 Utama. Nikmati segera tawaran hebat ini yang hanya ada pada acara ini dan jangan lupa pandu uji model Peugeot kegemaran anda.

Setiap model Peugeot ditawarkan waranti 5 tahun atau perbatuan 120,000km bersama servis jalanan 24 jam - 24-hour Peugeot Assistance dan akses istimewa ke SkyLounge by Naza di Subang Skypark. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.peugeot.com.my.

GALERI

Related

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Dato' Samson Anand George, kompak hatchback, Nasim Sdn Bhd, Peugeot, Peugeot 308 THP, Peugeot 308 THP Facelift, Peugeot Lion, Peugeot’s Motion & Emotion Roadshow, Pusat Beli Belah 1 Utama, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev