• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kia Rio Facelift dengan Transmisi 6-Kelajuan Bakal Lancar di Malaysia

#Spyshot: Kia Rio Facelift dengan Transmisi 6-Kelajuan Bakal Lancar di Malaysia

October 22, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

290
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL subkompak hatchback dari Korea Selatan, Kia Rio versi dipertingkat akan facelift difahamkan akan memasuki pasaran tempatan selepas kali terakhir dilancarkan Julai tahun lalu. Jadi, sudah tiba masa model tersebut melalui proses kitaran produk.

Berdasarkan imej kiriman pembaca kami, model itu ialah Rio facelift dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Rio versi sedia ada dijana enjin 1.4L MPI DOHC dengan teknologi D-CVVT bersama kotak gear automatik 4-kelajuan.

BACA >>> Kia Rio (2017), Enjin 1.4L MPI, 6 Beg Udara - Harga RM79,888

Transmisi 6-kelajuan baharu itu bakal memberikan pecutan lebih responsif dengan hamburan kuasa kuda 98hp dan tork 133.3Nm. Model yang dikatakan Kia Rio EX itu khabarnya didatangkan dengan beberapa ciri baharu seperti: sistem Pengesan Titik Buta (BSM), Kawalan Jelajah Automatik (ACC) dengan Pengehad Halaju, rim aloi 16-inci (menggantikan rim 17-inci) dan cermin pandang belakang dengan ciri elektrokromik.

Bagaimanapun, beberapa ciri yang ada pada model sedia ada tidak lagi disertakan seperti bumbung panoramik dan sensor hujan. Harga? Masih belum diketahui tetapi difahamkan tanda harga Rio facelift kekal tidak berubah, iaitu kira-kira RM78,888 (selepas pelaksanaan SST).

BACA >>> India Lancar Maruti Suzuki CelerioX, Hatchback Mini Versi Crossover

Bilakah berada di pasaran? Khabarnya bakal dilancarkan penghujung tahun ini, cuma masa tepat masih belum diketahui.

Related

290
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Facelift, hatchback, Kia, Kia Ria 6-kelajuan, Kia Rio 2017, Kia Rio facelift, Naza Kia Malaysia, Spyshot

Comments

  1. Fadzil says

    October 22, 2018 at 3:51 PM

    Model ni dah cantik, tapi sayang kuasa enjin yg agak rendah, kalaulah kuasanya boleh cecah paling kurang 140hp dan 175nm tork, memang padulah. Mohon pihak KIA take note!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev