HASIL perjanjian antara Proton Holdings Bhd (Proton) dan Suzuki Motor Corp Japan pada Jun tahun lalu mencapai tanda aras baharu apabila kesemua 29 pengedar Suzuki kini bertukar kepada pusat jualan dan servis Proton Edar.
Daripada 29 pengedar terlibat, 25 daripadanya adalah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dan selebihnya adalah pusat 4S (semburan cat).
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, transformasi dilakukan itu adalah hasil daripada perjanjian memorandom persefahaman (MoU) bersama Suzuki pada tahun lalu dan berharap kerjasama ini akan dilihat sebagai satu langkah bagi Proton untuk lebih berkembang.
Untuk itu, kesemua 29 pengedar itu akan menggunakan kedua-dua logo Suzuki dan Proton. Secara tidak langsung, kesemua pengedar itu akan memberi khidmat servis kepada 48,000 pemilik Suzuki sedia ada.
Dalam erti lain, 29 pengedar itu akan mengendalikan khidmat servis bagi jenama Proton dan Suzuki. Lebih menyedihkan, penjualan dan produksi kenderaan Suzuki tidak akan diteruskan di Malaysia.
Berikut adalah senarai 29 pengedar yang terlibat dengan penukaran itu;
Leave a Reply