BERMULA 1 Mei 2015, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan peraturan kadar VLT (ketelusan cahaya) baharu untuk penggunaan cermin gelap bagi ksemua jenis kenderaan di Malaysia.
Mengikut peraturan ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, JPJ menetapkan kadar VLT ialah seperti berikut:
- Cermin Depan - 70 Peratus
- Cermin Sisi Pemandu dan Penumpang Depan - 50 Peratus
- Cermin Belakang dan Sisi Penumpang Belakang - 30 Peratus
Bagi pengguna jalan raya ingkar boleh dikompaun RM300. Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda hingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.
FUNGSI FILEM PENAPIS HABA
Umum mengetahui, fungsi utama pemasangan filem penapis haba (tinted) pada kenderaan ialah untuk mengurangkan kepanasan bersesuaian keadaan cuaca negara kita. Hari ini semua pengeluar filem penapis haba menawarkan objektif sama, tetapi adakah mereka menawarkan faedah kedua selain mengurangkan kepanasan?
Kaum wanita, misalnya, mereka akan memakai krim pelindung matahari apabila ke pantai, tetapi kenapa tidak ketika memandu kenderaan, berjalan di luar atau membeli belah kerana sinar ultraungu (UV) tidak terhad di pantai saja.
PERLINDUNGAN UV
Ya, memang ada pengeluar menawarkan filem penapis haba yang bukan saja mampu mengurangkan panas matahari, malah turut menawarkan perlindungan UV. Bagi filem penapis haba dengan perlindungan UV, ia mampu mengurangkan risiko kanser kulit akibat pendedahan sinar UV berlebihan ketika memandu. Bagaimanapun, harganya lebih mahal berbanding biasa.
CARI BERKUALITI
Mungkin ada di antara sesetengah pengguna menganggap semua filem penapis haba itu sama. Asalkan cermin gelap, pasti kepanasan dapat dikurangkan. Faktanya, bukan semua filem cermin gelap sama. Jika anda menggunakan filem penapis haba berkualiti rendah, efek warna akan cepat luntur selain tidak tahan lama.
Apa salahnya melabur sedikit untuk mendapatkan filem cermin lebih berkualiti. Filem penapis haba dengan ketebalan 4 mil atau 6 mil sudah cukup.
PENJAGAAN FILEM PENAPIS HABA
Ramai bertanya, bagaimanakah cara menjaga filem penapis haba supaya tahan lebih lama?
Jawapannya, kewujudan pelbagai teknologi terkini, kebanyakan pengeluar sudah berani memberikan jaminan antara 5 hingga 10 tahun. Cuma kami tidak menggalakkan pengguna menggunakan bahan cucian kuat ketika mencuci kenderaan.
Mencuci tingkap kereta dengan air biasa sudah mencukupi. Apa yang penting, kain pengelap kereta mesti bebas habuk kerana ia berpotensi menyebabkan kesan calar pada filem. Jadi, anda mesti elakkan menggunakan kain pengelap terlalu kotor.
Kadangkala, calar filem berpunca akibat geseran pada getah disebabkan proses menaikkan dan menurunkan tingkap kuasa. Masalah itu sebenarnya berpunca daripada proses penggunaan dan keadaan sesebuah kenderaan. Ia bukan disebabkan kecacatan filem seperti warna luntur, paparan cermin menjadi kabur atau terdapat buih. Bagi anda yang sedang tercari-cari filem penapis haba, kami harap artikel ini dapat membantu.
Kesimpulannya, jangan kedekut melabur wang untuk dapatkan filem penapis haba yang lebih berkualiti. Apapun, belilah mengikut kemampuan. Sekarang, mari saksikan video Roda Pusing mengenai Panduan Cermin Gelap.
HAFIZ GLASS TINT says
Adakah cermin rumah anda jernih? Masih menjadi masalah utama untuk mendapatkan privacy & sejuk di dalam rumah?
Ya, tempahan awal didahulukan. Tinted cermin rumah sememangnya menjadi keperluan pada masa kini.
Azam kami untuk melihat anda berpuas hati dengan hasil kerja & produk kami.
Tinted cermin yang kami pasangkan terbukti menyejukkan dalam rumah.
Jika anda rasa tinted kami tidak bagus, kami ganti balik wang anda.
Anda boleh lihat sendiri di dalam album "Window Glass Tint" kami, Alhamdullillah terbukti ramai pelanggan kami yang sangat berpuas hati selepas memasang tinted cermin rumah/bangunan.
Kami sentiasa menerima pembelian secara online dan diposlajukan untuk pelanggan yang jauh dengan harga pemborong.
Pemasangan Tinted Cermin Rumah & Bangunan
Pengedar Tinted
Kelas Pemasangan Sticker & Tinted
018-262 7765
Tqvm For Early Booked
Specialist For Glass Protection Film House & Office Tint.
36 person 1 team in Malaysia
Contact us for FREE Quotation.
Perak Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Kelantan Terengganu Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Pulau Pinang Kedah Perlis
Since 2009 Tqvm For Support
Tinted Film Specialist
Tinted Cermin Rumah
Tinted Cermin Pejabat
Hafiz Glass Tint
IP0464367-M
Noraini Nordin says
Bagus tulisan encik. Banyak ilmu yang saya dapat. Terima kasih. Boleh share pakej tinted untuk x 70 ?