• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Parkir Rizab (Petak Merah) Boleh Parkir Selepas 6 Petang Setiap Hari, Sepanjang Ahad!

Parkir Rizab (Petak Merah) Boleh Parkir Selepas 6 Petang Setiap Hari, Sepanjang Ahad!

October 17, 2018 By Azhan O 1 Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA terkini lagi menggemparkan yang pasti menggembirakan seluruh warga Kuala Lumpur. Mana-mana pemilik perniagaan yang menyewa lot parkir di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya dibenarkan meletakkan kenderaan mereka pada masa tertentu sahaja seperti ditetapkan pihak berkuasa itu.

Menurut Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid, tempoh masa lot parkir yang disewa ialah antara 7:30 pagi hingga 6:00 petang sahaja dan penyewa akan berdepan tindakan jika gagal mematuhi peraturan tersebut.

BACA >>> Penganggur Cium Penguat Kuasa DBKL Akhirnya Kena Penjara 7 Bulan

"Selepas 6 petang setiap hari, termasuk hari Ahad dan cuti umum, lot parkir itu terbuka kepada orang awam," katanya seperti dipetik MalayMail.

Azmi berkata, beliau menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai parkir rizab dengan petak merah (lihat gambar) yang dihadang pemilik premis walaupun melebihi tempoh masa dibenarkan. Jadi sebagai permulaan, DBKL akan menghantar notis untuk mengingatkan penyewa tentang peraturan masa sah yang dibenarkan.

Langkah pertama ialah mengeluarkan notis amaran sebelum penguatkuasaan dibuat iaitu penyewa tidak dibenarkan lagi memperbaharui tempoh sewaan yang berakhir setiap 3 bulan.

PENDAPAT KAMI


Pendapat kami, sudah tentu kami setuju dan kami percaya ramai yang masih tidak tahu tentang peraturan had masa ditetapkan DBKL sama ada pihak orang awam atau pemilik premis sendiri (atau buat-buat lupa).

Sebenarnya, orang ramai pun tidak kisah kalau kereta si tuan kedai diletakkan di petak parkir tersebut. Malah, ada sesetengah penyewa parkir mengambil kesempatan meletakkan kenderaan mereka 24 jam. Itupun tiada masalah sebab keretanya ada (walaupun busuk perangai).

BACA >>> Kadar Parkir DBKL Naik 150 Peratus, Cara Atasi Kesesakan KL Kini Ditemui

Isunya, ialah petak rizab tersebut dihadang atau diletakkan kon supaya orang awam tidak meletakkan kenderaan di situ pada masa dibenarkan DBKL, iaitu selepas jam 6 petang setiap hari dan juga hari Ahad. Bayangkan sebaris petak parkir di satu lot bangunan perniagaan turut buat perkara sama (terutama pada hujung minggu). Keretanya tiada, dan parkir pula kosong tetapi kita tidak boleh meletakkan kenderaan di situ.

Memang bengang dan menimbulkan kemarahan! Jadi, tindakan DBKL memang betul dan patut disokong! Acu tangan ke udara!

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azmi Abdul Hamid, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Had Masa Sewa Parkir DBKL, Parkir, Parkir Rizab, Petak Parkir, Sewa Parkir DBKL

Comments

  1. Lim says

    December 26, 2019 at 12:06 AM

    Kes mcm ni mmg berlaku di kuantan...belakang east coast mall....xpi pihak MPK pun x buat macam ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev