EKSPO Motosikal Antarabangsa Amerika Syarikat (AIMExpo) 2018 baru saja melabuhkan tirai awal Oktober lalu, manakala Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 bakal menyusul 6 November nanti. Bagi merancakkan penyertaan yang berbaki beberapa minggu lagi, Kawasaki Motor Corp memuat naik foto acah di laman web rasmi pengeluar itu.
Menerusi foto acah tersebut, 6 model sudah pun didedahkan Kawasaki pada AIMexpo 2018 lalu, terdiri daripada:
- Ninja ZX-10R
- Ninja ZX-10RR
- Ninja ZX-6R
- Ninja H2
- Ninja H2 R
- Ninja H2 Carbon
Di belakang model di atas, kelihatan 4 lagi model bakal dilancarkan pada EICMA 2018 yang masih berselubung. Apakah model Kawasaki yang dirahsiakan itu? Bukan mudah mahu meneka, tetapi ada kebarangkalian model itu ditayangkan kali pertama kepada umum.
BACA >>> Debut Kawasaki Ninja ZX-6R (2019) dengan Gaya Baharu yang Lebih Praktikal, Moden
Ada model Eropah belum beralih kepada model 2019, Versys 1000 dan Ninja H2 SX mungkin mengalami perubahan buat kali pertama. Berikut beberapa model Kawasaki yang diramalkan diperkenalkan sempena EICMA 2018 dan imej dihasilkan menggunakan janaan komputer (CG).
1. KAWASAKI NINJA H2 SX SE
Seperti ZX-10R, timbul desas-desus mengatakan H2 SX SE akan dikemas kini dengan memuatkan suspensi semi kawalan elektronik aktif Showa untuk memaksimumkan tekanan damper untuk tunggangan kelajuan tinggi dan menambah baik keselesaan.
Leave a Reply