• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Peugeot P2X - Motosikal Konsep Gaya Perancis

Peugeot P2X - Motosikal Konsep Gaya Perancis

October 16, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PEUGEOT dan Citroen ialah beberapa jenama automotif Perancis paling popular dan tidak asing di telinga pengguna Malaysia. Jenama ini juga ada kelompok peminat tersendiri yang tidak kurang juga ramai. Tetapi apa kena mengena dengan motosikal?

Peugeot pada Pameran Motor Paris 2018 yang baru menutup tirai dua hari lalu, baru saja melancarkan dua model motosikal baharu. Bagi pembaca yang mengikuti dunia permotoran pasti sudah maklum bahawa Peugeot memang tidak asing dengan dunia dua roda.

BACA >>> Peugeot e-Legend Concept - Gaya Retro 70-an dengan Teknologi EV Prestasi Tinggi

Malah motosikal pertama pengeluar itu dihasilkan seawal 1898, atau lebih tepat basikal dengan enjin De Dion-Bouton yang dipasangkan pada hab belakang. Sejak itu, Peugeot mula mengeluarkan skuter untuk pasaran massa. Kekurangannya, motosikal keluaran pengeluar Perancis itu tidak banyak sejarah perlumbaan yang boleh dibanggakan, dan tiada juga teknologi termaju diperkenalkan yang mendahului pengeluar motosikal lain.

P2X - MODEL KONSEP DENGAN RUPA MEYAKINKAN

Motosikal baharu itu dipanggil, P2X dan buat masa sekarang ialah model konsep, tetapi sosok penampilan jentera itu nampak meyakinkan. Dua varian berbeza ditayangkan di Paris, iaitu model roadster 125zz dan café racer 300cc (menurut cakap pengunjung, walaupun ia bukan rupa café racer tulen).


Kedua-dua model itu dikuasakan enjin silinder tunggal DOHC penyejukan cecair dengan ciri fork depan terbalik (USD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan panel instrumen TFT warna penuh 5 inci yang dilengkapi sambungan iConnect Bluetooth. Tiada maklumat tentang transmisi, tetapi ada pedal anjakan gear di kiri enjin, jadi mungkin 5-kelajuan, atau 6-kelajuan.

Tidak dapat dipastikan bilakah P2X akan memasuki barisan pengeluaran memandangkan pasaran antarabangsa, terutama Eropah dan Jepun, masing-masing sudah memiliki jentera cool seumpama itu. Pasaran Asia dan Asean pula sukar kerana cenderung kepada motosikal sportbike jenis naked dan touring. Kalau roadster dan café racer, jenama pilihan yang selalu dicari ialah model-model Eropah dan Amerika, seperti Harley-Davidson, Triumph dan Ducati.

Apapun, sebagai peminat permotoran, tentu terdetik di hati untuk melihat model seperti ini berada atas jalan.

BACA >>> #PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan 'Orang Tua'

GALERI

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal konsep, Pameran Motor Paris 2018, Peugeot, Peugeot P2X, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev