• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Scala - Kompak Hatchback Pertama Skoda dengan Bahasa Rekabentuk Baharu

Scala - Kompak Hatchback Pertama Skoda dengan Bahasa Rekabentuk Baharu

October 15, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKODA kebelakangan ini memang popular dengan nama model yang unik dan pelik. Antara nama yang menarik perhatian, terutama di kalangan netizen tempatan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kodiaq.

Kodiaq sebenarnya merujuk kepada beruang coklat terbesar dalam spesies haiwan mamalia itu. Kodiak juga ialah nama pulau yang terletak di Alaska, Amerika Syarikat (AS). Selepas Kodiaq, Skoda memperkenalkan pula SUV kompak, Karoq yang bermaksud gabungan kereta dan anak panah, yang menjadi motif logo pengeluar itu sendiri.

Terkini, Skoda sekali lagi hadir bergaya dengan nama model baharu, dan kali ini lebih ringkas iaitu Scala yang diberikan kepada kereta segmen C. Walaupun ringkas, Scala tidak merujuk kepada 'scale' dalam Bahasa Inggeris atau 'skala' dalam Bahasa Melayu, apatah lagi perkataan 'sekali sekala'.

BACA >>> Selepas Kodiaq, Skoda Pilih Karoq Sebagai Nama SUV Baharu, Debut 18 Mei Ini

Scala dimaksudkan ialah 'tangga' dalam Bahasa Latin dan ia langkah ke hadapan bagi  pengeluar dari Republik Czech itu dalam segmen kereta kompak hatchback yang dipenuhi lawan seperti Ford Focus, Volkswagen Golf, Hyundai i30 dan Peugeot 308. Scala juga menjadi model pertama Skoda yang akan muncul dengan lencana Skoda bagi menggantikan logo pada pintu but belakang.

BAHASA REKABENTUK BAHARU

Skoda dikenali dengan rekabentuk model yang berkotak dan bergaris. Anda tidak akan menemui sebuah Skoda dengan rekabentuk membujur atau berlekuk ala Hyundai dan Alfa Romeo. Namun, kali ini, Scala tampil dengan gaya bahasa 'beremosi' untuk rekabentuk dalaman dan luaran.

Ini juga falsafah rekabentuk baharu Skoda seperti ditayangkan buat kali pertama menerusi model Vision RS pada Pameran Motor Paris 2018 yang lalu. Walaupun masih bersegi dan bergaris, tetapi tampak mengancam ala Audi baharu. Skoda juga bakal membuat lonjakan besar dalam teknologi dengan menawarkan ciri inovatif yang biasa ditemui pada kereta segmen lebih premium dan ini juga antara sebab kenapa nama Scala dipilih.

Kepada yang tertanya kenapa kenderaan Skoda ringkas berbanding saudara mara dalam Volkswagen Group, ini kerana prinsip jenama itu, iaitu ‘smart understatement’ atau maksudnya, 'diam-diam ubi berisi'.

BACA >>> Lakaran Rasmi Skoda Kamiq Didedahkan, SUV Subkompak Khas untuk Pasaran China

GALERI

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bahasa Rekabentuk, kompak hatchback, Roda4, Segmen C, ŠKODA, ŠKODA Scala, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev