• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante

Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante

October 17, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


RAMAI peminat dunia automotif mengenali Jeremy Clarkson. Beliau bertahun-tahun bekerja untuk TopGear sebelum berhijrah ke rancangan Grand Tour. Beliau juga menjadi kolumnis automotif untuk akhbar The Sunday Times.

Walaupun pembaca hanya boleh melihat hitam putih huruf, gaya penulisan jurnalis permotoran asal Yorkshire, England itu langsung tiada beza dengan versi pengacaraannya. Penuh dengan humor, sinikal, dan menghiburkan serta pada masa sama bermaklumat.

BACA >>> Volvo XC60 Menang Anugerah Kereta Terbaik Dilancarkan Tahun Lalu (2017) - AutoTrader

Apabila sudah berada pada aras tinggi, apakah langkah seterusnya buat Clarkson? Ya, mempunyai anugerah automotif atas nama sendiri. Apakah pula kereta pilihannya?

JEREMY'S CLARKSON COTY

Anugerah Kereta Terbaik 2018 Jeremy Clarkson (Jeremy's Clarkson Car of the Year) ialah supercar dari Itali, Lamborghini Huracán Performante. Anugerah itu diserahkan sendiri Clarkson kepada Pengarah Lembaga Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Lamborghini, Maurizio Reggiani dalam satu majlis bertempat di ibu pejabat News Corp di London pada 12 Oktober lalu.

News Corp ialah syarikat induk kepada The Sunday Times dan The Sun yang menganjurkan anugerah automotif buat kali pertama. Kenapa Clarkson memilih Huracán Performante? Berikut kenyataan beliau dalam gaya bahasa yang seperti biasa perlu dicerna sendiri;

"Ini ialah kereta yang menyerlah lebih daripada apa pun. Anda masuk dan tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran, cuma apa yang pasti ialah benda ini bagus. Ada sesuatu mengenainya, bukan kelajuan atau rekabentuk. Hanya sebuah kereta yang saya ada perasaan tersebut sepanjang 12 bulan lalu dan ia Lamborghini Huracán Performante.”

Itulah jawapan Clarkson yang ringkas dan penuh makna. Beliau boleh menulis apa saja sebab dalam dunia cuma ada seorang Jeremy Clarkson.

Huracán Performante tampil dengan sistem aerodinamik aktif dan pemvektoran aero dengan paten hakcipta sendiri. Varian Spyder pula memiliki sensasi sendiri, iaitu pemanduan dengan tiupan angin di kepala dan ngauman enjin V10 aspirasi natural (NA) yang mampu memecut 0-100 kmj sepantas  2.9 saat dengan kelajuan maksimum 325 kmj.

BACA >>> 'Lamborghini Urus China' Bakal Lancar dengan Harga Mampu Milik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah Kereta Tahun 2018 Jeremy Clarkson, Auto Terkini, Jeremy Clarkson, Jeremy's Clarkson Car of the Year, Jeremy's Clarkson COTY, Lamborghini, Lamborghini Huracan, Lamborghini Huracán Performante

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev