VOLKSWAGEN di China hari ini mendedahkan Passat baharu yang tampil lebih panjang berbanding model sedia ada. Jadi ada kemungkinan model sama juga akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.
Dengan rupa depan dipengaruhi Arteon, sedan segmen-D itu kali ini menampilkan rekabentuk baharu Volkswagen yang ringkas dan elegan, berbeza berbanding Passat sedia ada. Pintu belakang juga nampak lebih kecil yang menunjukkan model Passat ini lebih berorientasikan pemandu, manakala ruang kabin kurang dimewahkan.
BACA >>> Volkswagen Perkenal Passat PLUS - Dua Varian Baharu, Harga RM145K - RM170K
Dalaman Passat masih tidak jauh berbeza dengan model sedia ada, tetapi mungkin versi tempatan ada perubahan kerana pembeli segmen ini di Malaysia lebih sukakan sedah gaya mewah dengan upholsteri dua tona antara warna gelap dan cerah.
Passat ini lebih panjang kira-kira 3 inci berbanding model sekarang, manakala kerusi belakang nampak lebar dengan penyandar kepala besar.
Rupa gril baharu memberikan rupa lebih segar dan pasti menggembirakan peminat Volkswagen yang mengeluh bosan dengan rekabentuk sedia ada. Namun, masih tidak pasti adakah rekabentuk China itu sama untuk versi Malaysia kerana Passat Eropah pun masih bergaya lama.
GALERI
Leave a Reply