• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota C-HR, Honda City dan Perodua Myvi Jadi Hadiah Cabutan Utama KLIMS'18

Toyota C-HR, Honda City dan Perodua Myvi Jadi Hadiah Cabutan Utama KLIMS'18

October 13, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KLIMS'18
TOYOTA C-HR, Honda City dan Perodua Myvi bakal menjadi hadiah cabutan utama sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS’18), bermula hujung November ini.

KLIMS’18 anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA), bertemakan ‘Beyond Mobility’, kembali selepas lima tahun berdiam diri. Acara itu bakal diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2018 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Bagi peminat-peminat dunia permotoran, inilah peluang anda melihat lebih dekat pelbagai kenderaan hebat seperti jenama mewah, termasuk model konsep dan prototaip. Lebih menarik, pengunjung yang membeli tiket KLIMS’18 berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah, termasuklah tiga model disebut di atas.

BACA >>> 20 Foto Ini Bakal Buat Anda Jatuh Cinta Pada Proton X70

KLIMS'18

KLIMS’18 YANG LAIN DARIPADA LAIN

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, KLIMS’18 kembali selepas terhenti lima tahun dan pemain industri Malaysia kini bersedia membawa semula pameran kenderaan ikonik itu dengan pelbagai tarikan menarik.

“KLIMS’18 bakal menjadi landasan pelancaran beberapa model kereta dan motosikal baharu serta model konsep yang turut dipamerkan kepada pengunjung.

“Lebih penting, pengunjung KLIMS’18 akan dapat merasai penambahbaikan yang menjadikan acara ini benar-benar berbeza berbanding KLIMS sebelum ini,” tambahnya lagi.

MENANG TIKET PERGI BALIK AIRASIA

Tiket masuk KLIMS’18 kini boleh ditempah secara atas talian menerusi AirAsia Red Tix. Setiap pembelian tiket secara atas talian layak mendapat satu penyertaan untuk cabutan bertuah yang akan diadakan setiap dua minggu dengan menawarkan hadiah tiket pergi-balik AirAsia ke Bangkok, Hong Kong, Bali, Taipei, Jakarta dan Shanghai.

Selain itu, setiap pembelian tiket atas talian juga layak menyertai cabutan utama untuk tiket pergi-balik AirAsia ke Tokyo. Harga tiket masuk ke KLIMS’18 ialah RM20 (dewasa), hari bekerja dan RM25, hujung minggu.

Pelajar dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah akan dikenakan bayaran RM5. Malah, pakej keluarga turut disediakan dengan harga jualan RM40, hari bekerja dan RM50, hujung minggu. Setiap keluarga boleh membawa hingga 5 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Maklumat lanjut mengenai KLIMS’18 sila layari laman web www.facebook.com/klims.com.my.

BACA >>> Beli Tiket KLIMS'18 dan Rebut Peluang Menang Trip ke Hong Kong, Jepun

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: beli tiket KLIMS'18, Beyond Mobility, Datuk Aishah Ahmad, hadiah KLIMS'18, hadiah utama KLIMS'18, KLIMS 2018, KLIMS'18, MAA, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, Persatuan Automotif Malaysia, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my