• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Citroen C4 Picasso - RM148,888

Citroen C4 Picasso - RM148,888

January 11, 2016 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Citroen_C4_Picasso_Pandulajudotcom_06

NAZA Euro Motors membuka tirai 2016 dengan melancarkan model MPV terbaharunya, Citroen C4 Picasso. Pengenalan Citroen C4 Picasso adalah model MPV kedua selepas pelancaran C4 Grand Picasso pada tahun lalu.

HARGA C4 PICASSO:

  • Citroen C4 Picasso - RM148,888

PILIHAN WARNA C4 PICASSO:

  1. Noir Onyx (Hitam)
  2. Blanc Banquise (Putih)
  3. Blue Kyanos (Biru)
  4. Gris Aluminium (Kelabu)
  5. Rouge Rubi (Merah)

Citroen_C4_Picasso_Pandulajudotcom_03

JAMINAN:

Ia hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Citroen_C4_Picasso_Pandulajudotcom_02

PLATFORM MODULAR EMP2:

Berbanding dengan 'abangnya' C4 Grand Picasso, model MPV lima tempat duduk yang dibangunkan menggunakan platform modular EMP2 itu  menampilkan rekaan menarik selain kehadiran ruang kabin lebih luas dan premium.

Selain memiliki tubuh badan yang menarik, bahagian dalaman juga tidak kurang hebatnya. Ia dipadankan dengan dengan ciri teknologi terkini. Antaranya kehadiran dua skrin sesentuh yang padat dengan informasi dan hiburan (pad sesentuh 7 inci dan skrin HD 12 inci).

Citroen_C4_Picasso_Pandulajudotcom_05

PRESTASI:

Model ini dpadankan dengan 'jantung' 1.6L turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 163hp dan tork puncak 240Nm.

Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 9.3 saat dengan kelajuan maksimum 210kmj.

Citroen_C4_Picasso_Pandulajudotcom_01

CIRI KESELAMATAN:

Dari aspek keselamatan, C4 Picasso didatangkan dengan enam beg udara, Bantuan Daki Mula, Program Stabiliti Elektronik, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Elektronik (EBA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Traksi dan ISOFIX.

Jika anda mahu lebih mendekati lagi MPV ini, apa kata ke bilik pameran Citroen terdekat dan jangan lupa pandu uji sekali.

Kredit Gambar: Mekanika Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: C4 Picasso, Citroen Malaysia, MPV Kompak, Naza Euro Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev