• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Jalin MoU dengan Kumpulan Pertama Vendor Luar Negara dan Tempatan

Proton Jalin MoU dengan Kumpulan Pertama Vendor Luar Negara dan Tempatan

October 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama vendor Malaysia dan rakan kongsi luar negara bagi membekalkan komponen untuk model X70 versi pemasangan tempatan (CKD) pemanduan sebelah kanan.

MoU itu akan menjadi langkah pertama Proton dalam usaha membangunkan vendor yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti diperlukan untuk mengeluarkan model Proton generasi baharu bersama Geely.

Kumpulan pembekal pertama itu melibatkan pembangunan kerjasama dan bantuan teknikal dengan nilai pelaburan RM170 juta ke Malaysia dan akan meningkat dalam masa beberapa tahun seiring  pertambahan jumlah pengeluaran Proton.  Malah, MoU tersebut juga menjadi komitmen Proton dalam usaha meningkatkan jualan pasaran tempatan dan eksport.

Sebagai sokongan ke arah usaha berkenaan, Proton Tanjung Malim di Perak akan dijadikan sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan hab pengeluaran untuk model pemanduan sebelah kanan dalam Geely Group dengan nilai pelaburan Proton sebanyak RM1.2 bilion untuk meluaskan kemudahan pengeluaran di situ.

BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China

Sebagai permulaan, 9 syarikat vendor luar negara terlibat, antaranya:

  • Hubei Tri-ring Auto Eletectric Appliance Co Ltd
  • Jiangsu Xinquan Automotive Trim Co Ltd
  • Tianjin Bodun Electronics Co Ltd
  • SH SIIC Transportation Electric Co Ltd (STEC)
  • Ningbo Fushi Automotive Components Co LTd

BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China

Mewakili syarikat tempatan ialah 8 vendor, antaranya:

  • MTV Digital Technology Sdn Bhd
  • Hicom Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd
  • Proreka (M) Sdn Bhd
  • Xenso Electronics Sdn Bhd
  • Delloyd Electronic (M) Sdn Bhd

Kerjasama itu penting kerana melibatkan teknologi terkini yang tiada di Malaysia dan ada keperluan untuk membawa masuk vendor luar bagi meningkatkan strategi Proton di pasaran.

Related

223
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, memorandum persefahaman (MoU), Mou, MoU Proton-Vendor, Proton, PROTON Holdings Berhad, SUV, Vendor Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev