• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Pro dan Kontra Gentian Kaca?

#TahukahAnda: Apakah Pro dan Kontra Gentian Kaca?

October 10, 2018 By Han Othman Leave a Comment

625
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA sudah nampak lawa, tetapi ada yang rasa masih belum cukup mengancam. Ada juga yang mahu berikan sentuhan peribadi supaya kereta mereka tampil unik dan tersendiri. Jadi, kit badan gentian kaca atau fibre glass ialah pilihan paling popular untuk modifikasi rupa kereta.

Kit badan gentian kaca asalnya digunakan pelumba trek atas keperluan perlumbaan itu sendiri. Namun, sama seperti material lain, ia juga memiliki kelebihan dan kelemahan. Artikel kali ini akan menghuraikan pro dan kontra kit badan gentian kaca, dan adakah material itu ialah apa yang anda perlukan untuk meningkatkan gaya dan prestasi kereta?

APAKAH GENTIAN KACA?

gentian-kaca-fibre-glass-2
gentian-kaca-fibre-glass-3
gentian-kaca-fibre-glass-1

Gentian kaca ialah material komposit diperbuat daripada serat kaca halus (seakan serat jagung) yang digam bersama menggunakan resin dan komponen lain. Gentian kaca digunakan dalam pembuatan kit badan biasanya terdiri daripada pelbagai lapisan, termasuk lapisan saduran gel, lapisan tisu dan anyaman.

BACA >>> Jenis Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta yang Perlu Anda Tahu

Hasilnya, ialah material kit badan ringan, lasak dan kalis air yang bermanfaat untuk banyak kegunaan seperti pembuatan papan bola keranjang, bot, akuarium, papan luncur, geluncur air di taman tema dan lain-lain. Dalam dunia automotif pula, gentian kaca digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis kit badan, seperti bampar depan dan belakang, badan kereta sepenuhnya, dan kit kustom.

PRO?

Tingkat Penampilan - Kit badan kenderaan mungkin nampak bosan atau terlalu klise. Kit badan didatangkan dalam pelbagai gaya dan setiap pakej menawarkan rupa berbeza bagi meningkatkan penampilan kereta anda.

Ringan - Dalam perlumbaan, kit badan gentian kaca kerap digunakan untuk menggantikan panel logam kerana beratnya yang ringan dan ini membolehkan kereta memecut lebih pantas. Asasnya, berat gentian kaca ialah 1/5 daripada berat logam.

Kukuh dan Kuat - Gentian kaca ialah material stabil dengan kemampuan berada dalam bentuk asal yang baik dan tahan lasak daripada kesan negatif suhu ekstrem. Ciri ini menjadi sebab kenapa material ini menjadi pilihan ramai sama ada pengguna di kawasan beriklim panas atau sejuk.

Boleh Kustom - Kekuatan gentian kaca memudahkan gaya lebih sporty dan agresif dihasilkan yang tidak mampu dipadankan material kit lain.

Mampu Milik - Gentian kaca tidak menelan banyak belanja untuk dihasilkan. Material itu sendiri murah kerana bahan utamanya dibuat daripada komponen kitar semula, manakala acuan dan mesin untuk menghasilkannya juga tidak mahal.

Tingkat Prestasi dan Keselamatan - Kit badan yang direka baik mampu menambah baik aerodinamik kenderaan yang membuatkan kereta lebih pantas dan mengurangkan penggunaan bahan api. Sesetengah kit membantu merendahkan belakang jentera, sekali gus meningkatkan keselamatan terutama ketika melayan selekoh.

KONTRA

Sukar Dipasang - Kekuatan gentian kaca membuatkan ia tidak fleksibel dan sukar mendapatkan padana yang tepat. Kedai baik pulih badan biasanya perlu mengambil banyak masa untuk memasang kit badan gentian kaca penuh.

Padanan Kurang Tepat - Kebanyakan kit gentian kaca, terutama kurang berjenama, tidak memiliki ukuran tepat sama seperti kit badan asal. Ini dapat diselesaikan dengan membeli kit badan tersebut daripada pembuat berkualiti dan berjenama.

BACA >>> Benarkah Material Jalan Raya Malaysia Tidak Direka untuk Pandu Laju?

Cenderung Pecah dan Retak - Tidak seperti besi yang bengkok disebabkan tekanan, gentian kaca pula akan pecah dan retak akibat impak kuat. Mujurlah material itu mudah dibaiki. Panel gentian kaca yang pecah boleh dibaiki dengan menggunakan epoksi (epoxy) pada bahagian rosak dan diulangi hingga mendapat bentuk diingini.

Related

625
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aksesori, Body Kit, Fibre Glass, Gentian Kaca, Kemasan Kereta, Kit Badan, Modifikasi, roda2, Roda4, ubah suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev