• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW 3 Series (2019) Muncul di Paris dengan Imej Lebih Segar

BMW 3 Series (2019) Muncul di Paris dengan Imej Lebih Segar

October 9, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ANTARA model paling menarik perhatian pengunjung yang hadir sepanjang Pameran Motor Paris 2018 ialah BMW 3 Series generasi ke-7.

3 Series ialah model taruhan BMW zaman berzaman, bolehlah diibaratkan Civic bagi Honda atau Camry untuk Toyota. Pelbagai reaksi awal diterima selepas pameran berlangsung, ada memuji dan tidak kurang juga menyindir, terutama perihal rekabentuk yang ada memiliki elemen model pesaing.

BMW pernah terjelepuk apabila model hatchback 1 Series dikritik hebat sebelum kembali membetulkan keadaan menerusi model facelift. Kehadiran 3 Series baharu begitu penting memandang pesaing ketat, Mercedes-Benz sedang agresif melancarkan pelbagai produk menarik.

BACA >>> 7 Model BMW 3 Series Terbaik Sepanjang Zaman

Mercedes-Benz juga nampaknya sudah memasuki demografi profesional mudah atau young and profesional (yuppie) yang secara tradisional didominasi BMW. Adakah BMW akan kekal berjaya dengan 3 Series (2019)? Semestinya sambutan pasaran yang akan menentukan.

Berikut beberapa ciri menarik BMW 3 Series (2019):

  • Tampil buat kali pertama di Pameran Motor Paris. Malam sebelumnya gambar studio sudah bocor dan tersebar luas.
  • Masih mengekalkan bentuk tradisional 3 Series, tetapi dengan elemen segar.
  • Rekabentuk yang menumpukan gaya minimalis dan elegan menerusi  garis badan jitu bagi menampilkan dinamik pemanduan hebat.
  • Mempunyai perkadaran (proportion) baharu, jarak vertikal (track) tayar lebih lebar, lebih ringan dan kurang seretan (drag).
  • Saiz gril buah pinggang (kidney) lebih besar dan hofmeister kink (sudut pintu belakang) diberikan nafas baharu.
  • Paparan meter digital kini lebih segar dan menarik, berbeza meter analog dengan lampu latar kelam (dan mengantuk).
  • Sistem konektiviti BMW Intelligent Personal ditampilkan buat kali pertama.
  • Menampilkan 3 varian enjin diesel turbo dan petrol turbo: BMW 320d (190hp), BMW 320d xDrive (190hp) dan BMW 330i (258hp). Masing-masing menawarkan tork 400Nm.
  • Ada satu varian hibrid plug-in (PHV): BMW 330e iPerformance.
  • Harga di Britain bermula £33,610 (RM 181,006).

BMW 3 Series baharu ini akan mula dijual di Britain bermula 9 Mac 2019. Bagaimana pula Malaysia? Jika mengikut trend 5 Series, pelanggan tempatan tidak perlu menunggu lama. Kemungkinan pada hujung tahun depan dan bergantung kepada permintaan global.

Lagipun 3 Series ialah model global popular dengan rekod 15,000,000 unit terjual sejak mula diperkenalkan pada 1975.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | BMW M5 Serba Baharu Kini di Malaysia, RM942,759!

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW 3-Series, BMW 330e iPerformance, BMW Intelligent Personal, Pameran Motor Paris 2018, Paris, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my