• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Honda CR-V Turbo di China, Amerika Mengadu Hadapi Masalah Enjin

Pemilik Honda CR-V Turbo di China, Amerika Mengadu Hadapi Masalah Enjin

October 8, 2018 By Azhan O Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK Honda CR-V Turbo 2017 dan 2018 varian enjin 4-silinder 1.5L pengecas turbo mengadu kenderaan mereka mengalami masalah enjin, menurut ConsumerReports. Kesan daripada masalah itu, bahan api dikatakan mencemari sistem pelinciran hingga membuatkan kenderaan jadi sebu atau semput dan menyebabkan halaju maksimum tersekat pada 32kmj sahaja.

Honda kini sedang menyiasat dan cuba memulihkan permasalahan yang berlaku sebelum menggesa pengedar seluruh Amerika Syarikat (AS) memanggil balik kenderaan terjejas menjelang pertengahan November nanti. Baik pulih ialah termasuk di bawah waranti dan pembaikan akan dibuat untuk model 2019 bagi memastikan model baharu tidak berdepan isu sama.

BACA >>> Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

Masalah enjin itu kali pertama dikesan Honda China awal tahun ini dan proses panggil balik kini sedang berjalan di negara itu dengan melibatkan 350,000 unit Civic dan CR-V (enjin 1.5L pengecas turbo) terjejas.

Honda China hanya menyedari masalah itu selepas ramai pelanggannya membuat aduan di platform media sosial, Weibo. Kebetulan pula, pengguna CR-V di Amerika Syarikat (AS) turut mengadu masalah sama di laman forum model  itu yang kemudian mengundang perhatian badan bebas seperti Consumer Reports dan agensi Kerajaan di bawah Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA).

HONDA AS MASIH TIDAK RESPON

honda-cr-v-usa-owner
honda-dealer-amerika-syarikat

Menurut Consumer Reports, Honda AS sudah menjual lebih 500,000 unit CR-V 1.5L pengecas turbo 2017 dan 2018 di AS. Masih tidak jelas sama ada varian itu akan dipanggil balik ataupun hanya ke pusat servis untuk dibaik pulih mengikut servis biasa.

Honda juga tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan Consumer Reports dan kenapa mengambil masa lama untuk menangani situasi berkenaan. Salah seorang pemilik CR-V yang ditemu bual Consumer Reports menyuarakan kebimbangan kerana Honda masih menjual varian enjin bermasalah itu.

Setakat ini Honda tidak pernah membuat pengumuman panggil balik rasmi berhubung masalah itu, sebaliknya pengeluar itu dilaporkan memaklumkan kepada NHTSA bahawa kemas kini akan dibuat untuk model tahun depan atau melanjutkan tempoh waranti kepada pemilik kenderaan terjejas.

SUMBER: AutoGuide

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Consumer Reports, Honda, Honda China, Honda CR-V, Honda USA, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), NHTSA, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev