SKUTER Yamaha Cygnus-X versi kemas kini bakal diperkenalkan di Jepun pada 9 November ini. Imej skuter itu direka menjadi lebih sporty dengan gaya terkini bersama beberapa ciri dipertingkat.
Antara perubahan besar ditampilkan Cygnus-X ialah:
- Lampu depan dan belakang LED.
- Meter digital penuh multifungsi.
- Pengecas USB 12V untuk mengecas telefon pintar.
- Palam DC dan lain-lain.
BACA >>> Yamaha dan Gogoro Bergabung, Sasar Mahu Monopoli Pasaran Skuter Elektrik Taiwan
Produk keluaran kilang pemasangan Yamaha di Taiwan itu didatangkan dalam 4 pilihan warna baharu: Red Metallic (merah), Dark Grey Metallic (kelabu), White Metallic (putih) dan Black Metallic (hitam). Yamaha Jepun mensasarkan jualan sebanyak 7,000 unit setahun yang akan dijual pada harga pasaran ¥329,400 (RM12,025).
BACA >>> Honda Filipina Lancar Skuter Click 125i dan Click 150i
Cygnus-X dijana enjin 125cc SOHC berkuasa 9.6hp @ 7, 500rpm dan tork maksimum 9.9Nm @ 6,000rpm.
GALERI
SUMBER: BikeBros
Leave a Reply