• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018GPThailand: Marquez Lebar Jurang Mata, Jadi Juara Pertama Trek Buriram

#2018GPThailand: Marquez Lebar Jurang Mata, Jadi Juara Pertama Trek Buriram

October 8, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


ADINDA Marc Marquez (Repsol Honda) meneruskan penguasaan di ranking teratas apabila menjadi juara pertama Grand Prix (GP) Thailand di Buriram yang baru memasuki kalendar Kejuaraan MotoGP tahun ini dengan menyaksikan pertarungan sengit dengan lawan dari Ducati Team, Andrea Dovizioso.

Dalam aksi lain, kekanda dicintai, Valentino Rossi pula bergelut sesama sendiri dengan rakan sepasukan, Maverick Vinales (Movistar Yamaha), dan rakan pasukan satelit, Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3). Kekanda bagaimanapun akhirnya terpaksa menyerahkan baton kemenangan kepada Vinales dan berpuas hari di tempat ke-4.

BACA >>> Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Jorge Lorenzo menjadi satu-satunya pelumba yang tidak menyertai saingan di GP Thailand akibat kecederaan pergelangan kaki kiri selepas terjatuh dalam aksi di Aragon, dua minggu lalu. Michelin menyarankan penggunaan tayar belakang keras berikutan kondisi cuaca ekstrem di trek Buriram.

Sementara itu, Tito Rabat masih dalam proses penyembuhan disebabkan patah kaki dalam saingan Silverstone, dan tempatnya digantikan pelumba daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Jordi Torres yang menamatkan aksi di tempat ke-19 daripada 22 pelumba dengan Dani Pedrosa (Repsol Honda) menjadi satu-satunya pelumba yang terkeluar daripada saingan pada lap ke-8.

Apa jadi pelumba negara, Hafizh Syahrin aka Pescao? Anak muda asal Selangor itu menjadi pelumba rookie paling di atas apabila mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-12 dengan mengutip 4 mata penting. Hafizh kini mengumpul 28 mata keseluruhan dan berada di tempat ke-18 daripada 24 pelumba dunia, serta rookie kedua terbaik di belakang Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS), iaitu 33 mata di ranking ke-15.

BACA >>> Kuat Meronta Pun Gagal Selamatkan Diri, Hafizh Syahrin Teruk Kena Serang

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 39m 55.722s
  2. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) 39m 55.837s
  3. Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 39m 55.992s
  4. Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 39m 57.286s
  5. Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 39m 58.469s
  6. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 39m 58.745s
  7. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 40m 2.242s
  8. Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) 40m 2.413s
  9. Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 40m 5.666s
  10. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 40m 6.799s
  11. Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 40m 11.210s
  12. Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 40m 13.413s
  13. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 40m 17.135s
  14. Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 40m 18.524s
  15. Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 40m 19.350s
  16. Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 40m 19.526s
  17. Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) 40m 28.229s
  18. Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP17)* 40m 32.938s
  19. Jordi Torres SPA Reale Avintia (GP16) 40m 34.926s
  20. Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 40m 35.143s
  21. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 40m 49.110s
  22. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* 40m 21.117s
    Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) DNF

* Rookie

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, GP Thailand, Hafizh Syahrin, Litar Antarabangsa Chang Thailand, Litar Buriram, Marc Marquez, MotoGP, roda2, sukan permotoran, Thailand, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev