• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Proton Satria GTi dengan Nadi Mivec 1.8, Berkuasa 205hp

#BikinKereta: Proton Satria GTi dengan Nadi Mivec 1.8, Berkuasa 205hp

October 4, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP pengeluar kenderaan pasti ada satu model yang menjadi rebutan ataupun menarik perhatian ramai. Jika Volkswagen ada Golf, Proton pula Satria GTi. Kenapa ia begitu menjadi kegilaan orang ramai?, salah satu sebabnya ialah nadi dan aksesori yang didatangkan pada model hatchback itu.

Selagi digelar kaki kereta pasti ada saja yang tidak cukup dan memuaskan hati pemilik. Kali ini ruangan Bikin Kereta menampilkan Proton Satria GTi dengan prestasi enjin menerima rombakan besar-besaran untuk menghasilkan kuasa lebih mantap!

ROMBAKAN ENJIN

Proton Satri GTi4
Proton Satri GTi3
Proton Satri GTi9

Trenkuasa baharu itu digelar sebagai Mivec 1.8. Bahagian blok enjin dipasangkan piston Mivec ART berukuran 82mm bersama kepala silinder yang dipadankan aci sesondol 304. Ia kemudian diikat bersama puli boleh laras Arospeed. Hasil talaan yang dilakukan membolehkan Satria GTi tersebut menjana kuasa hingga 205hp.

Unit ambilan udara milik enjin B18 Type R diikat bersama terotel badan S90 untuk mendapatkan kuasa lebih bertenaga, manakala kotak angin rekaan Sard bertanggungjawab menapis angin masuk, dan radiator aloi ARC ditugaskan untuk menyejukkan enjin. Gas karbon dari ruang pembakaran seterusnya dihantar keluar melalui paip ekzos berukuran 2.3 inci.

BACA>>>[SIRI 2] Cerita Benny Toyota Celica GT2000 Liftback: Modifikasi Penuh Anggun

Kemas kini tersebut dilengkapkan dengan padanan kotak gear manual klac Exedy 6 spoke di dalamnya. Talaan enjin menjadi lebih mantap dengan adanya unit ECU Haltech SP 500. Casis jentera disokong sistem suspensi boleh laras ZerOne HLSH dan dikuatkan dengan arm aloi berjenama sama dan bar atas Ultra Racing.

INSPIRASI MIVEC

Proton Satri GTi6
Proton Satri GTi10
Proton Satri GTi8

Ruang dalaman jentera menampilkan rupa baharu apabila papan pemuka asal digantikan dengan model Mivec. Turut kelihatan meter ZD serta Defi 3-beradik diletakkan di atas tengah papan pemuka. Pemilihan kerusi Recaro milik Civic EK9 dipadankan dengan stereng personal dan juga ‘short shift’ di sisinya.

BACA>>>#BikinMotor: Modifikasi Berani Tukar Pulsar RS200 Jadi Ninja H2R

Imej luaran Satria GTi diperhebatkan dengan pemasangan cermin sisi Ganador dan beberapa aksesori gentian karbon pada hud depan, fender sisi dan spoiler belakang.

SPESIFIKASI

PROTON SATRIA GTi
ENJIN: Mivec 1.8
MODIFIKASI ENJIN: Piston Mivec ART 82mm, hi-cam 304, ARP stud, Arospeed campulley, regulator minyak Sard, terotel badan S90, intake Type R B18, radiator aloi ARC, paip keluli tahan karat, kotan angin keluli Sard, perpaipan ekzos 2.3 inci
TRANSMISI:  Klac Exedy 6 spoke
ELEKTRONIK: Haltech SP 500
SUSPENSI & CASIS: HLSH boleh laras, arm aloi ZerOne,  bar atas Ultra Racing
SISTEM BREK: GTi asli
DALAM: Papan pemuka Mivec, ZD + Defi 3-beradik, kerusi Recaro EK9, stereng Personal 3 spoke, short shift
LUARAN: Cermin Sisi Ganador, gentian karbon (hud depan, fenderm spoiler)
BENGKEL & TALAAN: Cams Pro Auto Pontian, Smartworkshop Pontian (bay enjin), Dyno Torque Racing Permas

TEKS: Abang Minyak
FOTO: Zul Yusri

GALERI
Proton Satri GTi5
Proton Satri GTi11
Proton Satri GTi9
Proton Satri GTi8
Proton Satri GTi10
Proton Satri GTi3
Proton Satri GTi4
Proton Satri GTi6
Proton Satri GTi7

 

Related

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, hatchback, hatchback kompak, Modifikasi, Proton, proton satria, Proton Satria GTI, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev