BARISAN Street Twin (2019) cukup menguntungkan Triumph kerana begitu popular di kalangan penunggang baharu selain dicari golongan kaki kustom. Bagi model 2019, Triumph melakukan perubahan pada bahagian casis, enjin, dan ciri, termasuk menambah baik imej jentera itu.
Kuasa Street Twin (2019) ditingkatkan kepada 18 peratus, iaitu tambahan 9.9hp (64hp) berbanding versi 2018, manakala rev lebih tinggi hingga 7,500rpm. Bagaimanapun tork maksimum kekal pada 80Nm dan mampu dicapai seawal 3,800rpm berbanding model lama (3,200rpm).
Triumph turut menggunakan komponen ringan di beberapa bahagian seperti pelindung enjin magnesium, aci engkol, aci imbang dan klac. Keselesaan tunggangan disempurnakan dengan 2 mod tunggangan: Road dan Rain yang setiap satunya dioptimumkan dengan tetapan pemetaan terotel dan Kawalan Traksi (TRC).
BACA>>>Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas
Kaliper brek 4-piston Brembo digunakan untuk memegang brek cakera tunggal depan dengan fork gaya kartrij baharu selain memperbaharui rekabentuk rim, instrumen dan pelana. Lampu depan turut diperbaharui semula dengan perincian dan perumah aluminium, manakala lencana tangki minyak dikemaskini bersama logo Street Twin yang kontemporari.
Ciri lain dimiliki Street Twin (2019) ialah seperti Sistem Pantau Tekanan Tayar (TPMS), lampu belakang LED, Sistem Brek Antik-Kunci (ABS), imobiliser dan soket cas USB bawah pelana. Ada 3 pilihan warna ditawarkan: Korosi Red (merah), Jet Black (hitam) dan Matt Ironstone.
BACA >>> Royal Enfield Thunderbird 350 Spartan daripada Scrambler Jipang Jadi Cruiser Tampan
Tidak ketinggalan Triumph turut memperkenalkan Street Scrambler (2019) yang dibekalkan ciri sama seperti Street Twin (2019), tetapi masih mengekalkan rim jejari.
Leave a Reply