• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Intermot2018: Yamaha Tracer 700 GT (2019) - Jentera Touring Mampu Milik, Tapi Harga Belum Umum

#Intermot2018: Yamaha Tracer 700 GT (2019) - Jentera Touring Mampu Milik, Tapi Harga Belum Umum

October 4, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA mendedahkan model touring Tracer 700 GT (2019) pada Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT) 2018 yang sedang berlangsung di Cologne, Jerman. Yamaha menamakan model itu sebagai sport tourer mampu milik dan mudah diakses.

Bagaimanapun, harga jentera masih belum diumumkan. Tracer 700 GT (2019) dijana enjin silinder kembar 689cc berkuasa 73.7hp @ 9,000rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm dengan padanan tangki bersaiz 17 liter. Secara teori, jentera ini mampu pergi sejauh 390km dengan isian tangki penuh.

BACA >>> Kawasaki Versys X250 Hanya RM23,789 Seunit!

Dari segi rekabentuk, penampilan motosikal diserlahkan dengan fairing kompak bersama lampu depan halogen simetri. Bahagian atas lampu dipasang visor pengadang angin boleh laras dan tidak ketinggalan lampu siang (DRL) LED. Yamaha turut menawarkan panel instrumen LCD multifungsi.

Keselesaan perjalanan jauh disokong pelana lebih empuk bersama gad sendi pada bar hendal. Praktikaliti ditingkatkan lagi dengan kotak muatan sisi boleh tanggal 20 liter sebagai barangan standard. Sistem suspensi ditala pada fork teleskopik (depan) dan monoshock link (belakang) untuk kesesuaian tunggangan jauh.

Jarak roda 1,450mm memastikan jentera kekal lincah dan stabil, manakala sistem keselamatan dipasangkan brek cakera 282mm (depan) dan 245mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.  Sayangnya, kawalan traksi (TRC) dan mod tunggangan tidak disediakan.

BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2019) - Sportbike Siri R Paling Bongsu Didedahkan

Atas kertas, Tracer 700 GT (2019) ialah pesaing kepada Suzuki V-Strom 650 dan Kawasaki Versys 650. Ada 3 pilihan warna ditawarkan: Phantom Blue (biru), Nimbus Grey (kelabu) dan Tech Black (hitam).

GALERI
Yamaha Tracer 700 GT (2019)1
Yamaha Tracer 700 GT (2019)2
Yamaha Tracer 700 GT (2019)3
Yamaha Tracer 700 GT (2019)4
Yamaha Tracer 700 GT (2019)5
Yamaha Tracer 700 GT (2019)6
Yamaha Tracer 700 GT (2019)7
Yamaha Tracer 700 GT (2019)8
Yamaha Tracer 700 GT (2019)9
Yamaha Tracer 700 GT (2019)10
Yamaha Tracer 700 GT (2019)11
Yamaha Tracer 700 GT (2019)12
Yamaha Tracer 700 GT (2019)14

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure touring, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT), roda2, touring, touring bike, Yamaha, Yamaha Tracer 700 GT

Comments

  1. Musang says

    October 3, 2018 at 4:53 PM

    Harap HLY bawak masuk entah tahun bila....versys gan vstrom menang segmen ni....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev