• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Intermot2018: Kawasaki Tambah Kuasa Ninja H2, ZX-10R

#Intermot2018: Kawasaki Tambah Kuasa Ninja H2, ZX-10R

October 3, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KETIKA debut H2 dan H2R, Kawasaki ialah pengeluar tunggal yang menampilkan motosikal teknologi supercas di pasaran massa. Tiga tahun kemudian, Kawasaki memperkenalkan pula ahli famili baharu, sport touring H2 SX. Malah, hingga kini Kawasaki masih tidak lagi berjumpa pesaing kepada tiga model buas itu.Luaran H2 (2019) tidak banyak berubah, tetapi dalaman melalui proses penambahbaikan dengan tambahan 15.5 peratus prestasi menjadikan kuasa total 231hp. Angka tersebut dicapai hasil penggunaan komponen kotak angin baharu dan talaan semula palam pencucuh dan unit kawalan elektronik (ECU) milik H2 SX.
Ninja H2 (2019)
Ninja H2 (2019)

Menurut Kawasaki, penambahbaikan tersebut tidak akan menjejaskan aspek kecekapan bahan api walaupun kuasa bertambah. Superbike itu turut mengemas kini bahagian kaliper brek depan, jenis Stylema buatan Brembo dengan lebih penyejukan pada pad brek dan gigitan awal yang lebih lembut.

H2 SX versi SE turut menyumbang skrin warna TFT kepada H2 (2019), lengkap dengan sambungan Bluetooth menerusi aplikasi Kawasaki Rideology. Tidak ketinggalan kemasan 'cat pulih sendiri'.

KAWASAKI H2 (2019)11
KAWASAKI H2 (2019)12
Ninja H2 (2019)
Ninja H2 (2019)
Ninja H2 (2019)
Ninja H2 (2019)
KAWASAKI H2 (2019)7
KAWASAKI H2 (2019)5
KAWASAKI H2 (2019)2
KAWASAKI H2 (2019)9
KAWASAKI H2 (2019)8
KAWASAKI H2 (2019)4
KAWASAKI H2 (2019)3
KAWASAKI H2 (2019)1

ZX-10R, ZX-10R SE DAN ZX-10R

ZX-10R (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10RR (2019)

Geng superbike Kawasaki sudah dikemaskini tahun lalu bagi versi aras mula dan RR yang mendominasi Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sejak 2015. Tahun ini, Kawasaki menawarkan kepala silinder merah khas daripada versi RR (2018) untuk model ZX-10R, ZX-10R SE dan ZX-10RR.

BACA >>> Kawasaki 125 Baharu Sah Debut Bulan Depan Sempena Intermot 2019!

Kawasaki juga merekabentuk semula mekanisme injap aktuasi menggantikan tapet buket (bucket tappet) dengan finger follower, menyumbang kepada sistem injap yang 20 peratus lebih ringan dan profil aci lebih agresif. Hasilnya, semua siri ZX-10 kini lebih berkuasa, iaitu 199hp (R dan R SE) dan 200hp (RR). Ingat, angka ini diukur tanpa kesan ram-udara yang akan menambah kuasa kepada hasil akhir.

Selain itu, ZX-10R SE (2019) didatangkan dengan sistem kawalan suspensi Kawasaki Electronic Control Suspension (KECS), rim tempa Marchesini dan tangki bahan api disadur cat pulih sendiri, sama seperti H2 (2019).

BACA >>> Siap Sedia Pertahan Gelaran WSBK 2019, Kawasaki Tala Ninja ZX-10R untuk Lebih Kuasa

Bagi model yang menumpukan kepada tunggangan trek, ZX-10RR (2019) dikeluarkan terhad kepada 500 unit sahaja, dan dilengkapi sambungan rod titanium Pankl yang mengurangkan berat 102 gram dan  inersia aci engkol (5 peratus). Ini membolehkan trenkuasa 4-silinder bekerja 600rpm lebih tinggi untuk tambahan kuasa 1hp, termasuk memberikan kelebihan signifikan ketika melayan selekoh disebabkan pengurangan inersia engkol.

ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10R SE (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)
ZX-10RR (2019)

Related

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Intermot 2018, Kawasaki, Kawasaki H2, Kawasaki H2 (2019), Kawasaki Ninja ZX-10R, Kawasaki Rideology, kawasaki zx-10r, kawasaki zx-10r se, Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev