• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thermal Management - Ciptaan Continental untuk EV yang Lebih Cekap, Pergi Lebih Jauh

Thermal Management - Ciptaan Continental untuk EV yang Lebih Cekap, Pergi Lebih Jauh

October 3, 2018 By Azhan O Leave a Comment

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR tayar, juga syarikat teknologi, Continental menghasilkan inovasi baharu dipanggil Thermal Management, yang mampu menjadikan kenderaan elektrik (EV) lebih efisien.

Thermal Management dihasilkan untuk mengoptimumkan penjanaan dan aliran haba dalam sesebuah EV. Menurut Continental, EV akan menawarkan lebih jarak perbatuan elektrik ketika dipandu dalam suhu sangat sejuk atau panas, dan  itu dapat dicapai kerana Thermal Management bekerja melindungi paras cas bateri, termasuk mempercepatkan masa mengecas.

Continental sudah pun membekalkan pam efisien-energi dan sensor untuk menjadikan Thermal Management lebih efektif. Teknologi termal itu turut didatankan bersama komponen baharu, Injap Kawalan Aliran Penyejuk atau Coolant Flow Control Valves (CFCV) yang berfungsi melaraskan litar haba dan penyejuk.

BACA >>> Continental ContiConnect: Platform Pemantauan Tayar Digital untuk Kenderaan Komersial


Menurut Continental lagi, Thermal Management mampu menambah baik jarak EV hingga 25 peratus, manakala CFCV dapat melaraskan aliran antara dua hingga empat litar penyejuk. Hasilnya, aliran haba dapat diagihkan dengan lebih berkesan.

“Dengan famili produk CFCV, Continental menawarkan barisan penuh penyelesaian untuk pengurusan termal yang akan meningkatkan kecekapan dan jarak EV, termasuk menambah baik keselesaan," kata Ketua Aktuator dan Sensor Trenkuasa Continental China, Peter Biber.

Continental melancarkan teknologi Thermal Managenment pada Ekspo dan Persidangan Mobiliti Masa Depan Global 2018 pada 20 September lalu di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou di China.

Related

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Continental, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Peter Biber, Roda4, teknologi, teknologi automotif, Teknologi EV, Thermal Management

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev