• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bukan Lagi Cruiser Amerika Tipikal, Indian Motorcycle Perkenal FTR 1200

Bukan Lagi Cruiser Amerika Tipikal, Indian Motorcycle Perkenal FTR 1200

October 2, 2018 By Aryon Leave a Comment

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGALA video dan imej acah sudah berakhir.

Kelibat jentera Indian Motorcycle memang dominan dalam kejuaraan perlumbaan domestik, American Flat Track di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun lalu. Ini ditambah pula kejayaan demi kejayaan diraih model FTR750 sejak debut 2016 hingga mencetuskan pertanyaan, bilakah model itu akan dijual dalam versi jalanan?

Jawapannya: musim bunga 2019 yang bermula Mac tahun depan. Tetapi, itu bukan model 750cc, tetapi Indian yang dipertingkatkan kapasiti enjin, iaitu FTR 1200. Hasilnya ialah sebuah rekacipta yang cukup menggoda dan mengagumkan.

BACA >>> Indian Scout Bobber Edisi Jack Daniel's (2018) Angkat Tema Briged Bomba, Cuma 177 Unit


Presiden Indian Motorcycle, Steve Menneto berkata, visi awal ialah menjadikan jenama Indian Motorcycle sebagai bukan sekadar V-twin Amerika tradisional. Sebaliknya, cuba meluaskan jangkauan kepada lebih banyak variasi penunggang dan FTR 1200 ialah langkah penting dalam strategi tersebut.

“Indian Motorcycle diasaskan atas prestasi dan inovasi, dan kekal dengan penetapan minda pengasas kami, yakni sentiasa terus maju ke depan. Dengan sejarah itu, FTR 1200 ialah lanjutan semula jadi untuk jenama ini," katanya.

Apa diperkatakan itu seakan gambaran awal tentang kesediaan Indian Motorcycle melakukan anjakan paradigma yang sebelum ini cukup sinonim sebagai jenama cruiser V-twin besar, sekali gus bersedia bersaing dengan jenama V-twin Amerika lain.

BAHASA REKABENTUK SAMA

indian-ftr1200-4
indian-ftr1200-12
indian-ftr1200-11

Pereka Kanan Indian Motorcycle, Rich Christoph berkata, platform FTR 1200 sangat mengujakan, dan selepas melabur sejumlah masa, kepakaran dan tenaga yang signifikan dalam proses rekabentuk, ia berikan satu perasaan menakjubkan untuk mempersembahkan motosikal itu kepada dunia.

"Fokus utama kami ialah memastikan motosikal ini memiliki bahasa garis dan bentuk yang sama seperti FTR 750 dan 1200 Custom. Kami tahu apa yang buatkan penunggang seluruh dunia jatuh cinta. Tiada apa yang lebih saya bangga selain dapat menukarkan FTR750 kepada flat tracker untuk model jalanan, dan membantu melancarkan Indianmemasuki era baharu," katanya yang bertanggungjawab merekabentuk FTR750 dan FTR1200 Custom.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

Indian Motorcycle FTR 1200 (2019) dijual pada harga bermula AS$12,999 (RM53,842) dan didatangkan dalam warna Thunder Black (hitam). Harga FTR 1200 S (2019) pula bermula AS$14,999  (RM62,126) dan ditawarkan dalam warna Indian Motorcycle Red (merah) dengan Steel Gray, Titanium Metallic dengan Thunder Black Pearl, dan skema cat Race-Replica yang sepadan dengan jentera lumba ikonik FTR750.

GALERI
indian-ftr1200-1
indian-ftr1200-2
indian-ftr1200-3
indian-ftr1200-4
indian-ftr1200-5
indian-ftr1200-6
indian-ftr1200-7
indian-ftr1200-8
indian-ftr1200-9
indian-ftr1200-10
indian-ftr1200-11
indian-ftr1200-12

SUMBER: RideApart

Related

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Indian FTR 1200 (2019), Indian Motorcycle, motosikal, Rich Christoph, roda2, Steve Menneto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev