• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda CR-V Hybrid Baharu Didedahkan Menjelang Debut Paris

Honda CR-V Hybrid Baharu Didedahkan Menjelang Debut Paris

October 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA akhirnya mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), CR-V Hybrid versi pengeluaran penuh menjelang debut umum sempena Pameran Motor Paris 2018 dengan angka ujian rasmi efisiensi bahan api, iaitu 53.3mpg @ 5.3 liter/100km.

Berita, mengenai CR-V Hybrid sudah kedengaran tahun lalu, dikatakan ditayangkan pada Pameran Auto Antarabangsa Shanghai (SIAS) 2017. Namun cuma satu foto kabur berlegar di media sosial, dan model itu khabarnya khas untuk pasaran China.

Kemudian versi lengkap rasmi diumumkan pada Pameran Motor Geneva (GMS) 2018 pada Mac tahun ini dalam versi Euro Spec. Persoalannya, adakah ada pembaharuan untuk debut CR-V Hybrid di Paris nanti?

BACA >>> Honda Dedah Honda CR-V Hybrid di Pameran Auto Shanghai 2017

Di sebalik bonet ialah trenkuasa hibrid motor kembar serba baharu, Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD), terdiri daripada motor elektrik, enjin petrol 2.0L dan motor-generator berasingan untuk menjana kuasa setinggi 181hp dan tork 315Nm.

Sistem baharu itu menggunakan nisbah gear tetap tunggal bagi menggantikan kotak gear konvensional yang membantu mengurangkan berat dan saiz. Ada dua pacuan ditawarkan: pacuan roda depan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Sistem juga akan saling bertukar 3 mod pemanduan secara automatik: EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive, bergantung kepada kondisi dan bagaimana kereta dipandu. Mod pemanduan hibrid dan EV tulen ditala untuk kelajuan rendah dan pemanduan urban, manakala jarak penggunaan kuasa elektrik tunggal masih bukan pencabar kepada sistem plug-in (PHV) di pasaran.


Enjin petrol bukan saja mampu menjana kuasa memandu, tetapi juga digunakan untuk menghantar kuasa kepada motor elektrik dan mengecas pek bateri.

CR-V Hybrid versi FWD mencatatkan penggunaan bahan api 53.3mpg @ 5.3 liter/100km, manakala versi AWD, 51.4mpg @ 5.5 liter/100km. Kadar emisi CO2 ialah 120g/km (FWD) dan 126g/km (AWD). Model SUV Honda hibrid itu akan ditayangkan bersama model petrol baharu pada pameran kereta di Paris kelak bersama varian 7 kerusi yang lebih praktikal.

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hibrid, Honda, Honda CR-V, Honda CR-V Hybrid, Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Paris 2018, Roda4, SUV, SUV kompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev