• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli Tiket KLIMS'18 dan Rebut Peluang Menang Trip ke Hong Kong, Jepun

Beli Tiket KLIMS'18 dan Rebut Peluang Menang Trip ke Hong Kong, Jepun

September 20, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


Bermula sekarang hingga hujung September ini, setiap pembeli tiket Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS'18) di AirAsiaRedTix berpeluang memenangi penerbangan ke Hong Kong! Malah, anda juga secara automatik mendapat peluang menang trip GRAND PRIZE ke Tokyo. Wow!

KLIMS'18 bakal berlangsung bermula 23 November - 2 Disember 2018 di MITEC, Kuala Lumpur. Tema pameran tahun ini ialah 'Beyond Mobility', iaitu tentang usaha mempersiapkan industri automotif bagi menghadapi cabaran pasaran masa depan selain memenuhi keperluan pelanggan masa kini.

Kedatangan KLIMS'18 ialah siri pameran ke-9 selepas kali terakhir dianjurkan, lima tahun lalu. Ia dijangka menarik kehadiran lebih 350,000 pengunjung sepanjang tempoh 10 hari acara.

BACA >>> #DriveTheJalurGemilang: Hantar Foto Instagram untuk Tiket Eksklusif KLIMS'18!

KLIMS'18 juga menghimpunkan pengeluar utama industri automotif tempatan dan antarabangsa, pengusaha dan peniaga kereta, pembekal aksesori, penyedia perkhidmatan berkaitan kereta dan peminat automotif termasuk orang ramai dalam satu acara permotoran berorientasikan keluarga di Malaysia.

KLIMS'18 berlangsung di ruang pameran seluas lebih 50,000 meter persegi, dan disertai lebih 100 pempamer serta menarik lebih 350,000 pengunjung. Antara jenama terawal mengesahkan ruang pameran ialah Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto show, Auto Terkini, KLIMS2018, pameran kereta, Pameran Motor, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS18), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my