• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 8 Fakta Pantas - Maserati Levante S (2019) Kini di Malaysia, Harga Bermula RM788,800

8 Fakta Pantas - Maserati Levante S (2019) Kini di Malaysia, Harga Bermula RM788,800

October 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASERATI Levante dilancarkan untuk pasaran Malaysia Februari tahun lalu. Terkini, Naza Italia membawa masuk Levante S (2019) dalam dua varian: GranSport dan GranLusso.

Berikut fakta ringkas tentang crossover mewah saiz-pertengahahan, Levante S (2019):

1. Menerima tuil tukaran gear baharu untuk kotak gear automatik 8-kelajuan ZF. Komponen direka semula itu didatangkan dengan travel lebih pendek dan kemas kini operasi (paten tukaran dua lorong dan butang P baharu).

2. Varian GranSport menawarkan tema bampar depan/belakang gaya baharu yang diilhamkan daripada Levante GTS dan Trofeo. Lencana GranSport dipasang pada fender depan, selain penggunaan kaliper brek merah dan rim Helios 21 inci. Tidak ketinggalan kemasan Black Piano (hitam) pada belakang dan depan.

BACA>>>Ferrari F40 (1989) Versi Restore Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!

3. Varian GranLusso pula dipadankan kemasan krom pada fasia depan dan plat skid, spoiler belakang dengan warna badan, kaliper brek perak, rim aloi Helios 21 inci dan lencana GranLusso pada fender. Ini termasuk kemasan full leather Itali, Pieno Fiore atau upholsteri sutera, Ermenegildo Zegna dan kerusi depan elektrik 12-tetapan serta sistem audio Bowers dan Wilkin.

BACA >>> SUV Premium Kia Telluride Bakal Guna Platform RWD K900?

4. Trenkuasa kekal sama, iaitu enjin petrol 3.0L V6 turbo kembar berkuasa 430hp dan tork 580Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 264kmj.

5. Didatangkan dengan 3 mod pemanduan: Off-Road, I.C.E. (Increased Control & Efficiency) dan Sport.

6. Dijual pada harga bermula RM 788,800 bersama 3 tahun waranti standard tanpa had perbatuan dan 3 tahun Servis Premium Plus Maserati atau 60,000km (mana satu tiba dahulu).

7. Sistem infotainment Levante menampilkan grafik dipertingkat dan fungsi kawalan penyaman udara mesra pengguna. Butang nyah aktif Sistem Mula-Henti kini boleh diletakkan di skrin utama untuk akses lebih mudah. Juga ada bumbung panorama gelungsur-condong (slide-tilt) elektrik sebagai ciri standard.

BACA >>> Tun M: Kualiti Bakal SUV Pertama Proton Sangat Bagus, Setaraf Kereta Eropah

8. Juga ada ditawarkan dalam pakej Nerissimo, terdiri daripada kemasan elemen hitam pada gril depan, plat skid, cermin pintu dan lampu siang (DRL) bersama lampu belakang gelap dan muncung ekzos.

GALERI

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Crossover Mewah, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Maserati, Maserati Levante, Maserati Levante S, Naza, Naza Automall, Naza Italia, Roda 4, SUV, SUV premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my